Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kedai input pertanian baharu tingkat produktiviti petani Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

Kedai input pertanian baharu tingkat produktiviti petani Sarikei

Utusan Sarawak 2 days ago
RASMI…..Kaunselor Ling Chai Yun (tengah) merasmikan pembukaan Kedai Input Pertanian Farmgro Solution Sarikei.

SARIKEI: Pembukaan Kedai Input Pertanian Farmgro Solution Sarikei adalah satu langkah penting dalam menyokong para petani, kata Kaunselor Ling Chai Yun.

Katanya, ia akses kepada petani mendapatkan bekalan dan teknologi pertanian yang berkualiti.

“Dengan adanya kemudahan seperti ini, saya yakin produktiviti pertanian di Sarikei akan terus meningkat.

“Ia akan memberi manfaat kepada seluruh komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis perasmian Kedai Input Pertanian Farmgro Solution Sarikei semalam, mewakili Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii.

Chai Yun turut mengucapkan tahniah kepada semua yang terbabit.

“Taniah diucapkan kepada semua yang terbabit dan saya mendoakan agar kedai ini akan berkembang maju dan memberi limpahan manfaat kepada rakyat,” katanya.

Turut hadir, Pengarah Urusan Farmgrow Solution Wong Siet Ee, Pegawai Pertanian Pembangunan Pejabat Pertanian Bahagian Sarikei Siti Khadijah Ibrahim, dan Pegawai Pertanian Daerah Sarikei, Muhammad Ridzuan Paul.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous:
74 warga IPD Limbang berjaya keluar daripada kategori obesiti
Next: Serah terima tugas Ketua BPJKK IPD Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.