Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Indonesia: Gunung Lewotobi meletus, cetus amaran penerbangan tahap tertinggi
  • GLOBAL

Indonesia: Gunung Lewotobi meletus, cetus amaran penerbangan tahap tertinggi

Utusan Sarawak 2 days ago
FOTO yang disediakan oleh Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi Indonesia (PVMBG) ini menunjukkan bahan gunung berapi yang memuntahkan dari Gunung Lewotobi Laki-Laki di Kabupaten Flores Timur di Nusa Tenggara Timur, Indonesia, pada Ahad lalu.


JAKARTA: Gunung Lewotobi di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia meletus beberapa kali pada Isnin, mencetuskan amaran penerbangan tahap tertinggi, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi negara itu, lapor Xinhua.

Semasa letusan itu, awan mengandungi abu menjulang setinggi lapan kilometer ke udara, dengan kepulan asap kelabu tebal bergerak ke arah barat dan barat laut dari gunung berapi berkenaan.

Sebagai tindak balas, pihak berkuasa telah menaikkan Notis Pemerhatian Gunung Berapi untuk Penerbangan ke tahap amaran tertinggi iaitu merah, melarang penerbangan pada ketinggian bawah enam kilometer (km) di kawasan itu. 

Juruterbang juga diberi amaran tentang bahaya abu gunung berapi, yang boleh menjejaskan enjin pesawat dan jarak penglihatan.

Pihak berkuasa turut mengehadkan semua aktiviti dalam radius tujuh km dari kawah bagi melindungi penduduk tempatan, pelancong dan pengunjung, 

Komuniti yang tinggal di lereng gunung berapi itu telah dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada terhadap risiko banjir lahar, yang boleh berlaku apabila hujan lebat menyebabkan sungai dari puncak melimpah.

Dengan ketinggian 1,584 meter, Gunung Lewotobi merupakan satu daripada 127 gunung berapi aktif di Indonesia.– Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Caribbean dilanda angin kencang, hujan lebat akibat Taufan Erin
Next: Mangsa terselamat korek runtuhan selepas kejadian hujan lebat maut di Pakistan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.