Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 74 sertai ceramah keselamatan kebakaran di SJKC Nan Chiew
  • Tengah
  • WILAYAH

74 sertai ceramah keselamatan kebakaran di SJKC Nan Chiew

Utusan Sarawak 3 days ago

PENGISIAN AKTIVITI… Antara pengisian aktiviti yang dijalankan di SJKC Nan Chiew, semalam. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Seramai 74 peserta terdiri daripada 60 murid, 13 guru dan seorang kakitangan sokongan menyertai ceramah keselamatan kebakaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Chiew, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata program tersebut bermula 9.10 pagi hingga 11.25 pagi. 

“Seramai enam anggota bomba mengendalikan program ceramah keselamatan kebakaran. 

“Turut dijalankan adalah latihan pengungsian bangunan dan demonstrasi penggunaan alat pemadam api (APA),” katanya ketika dihubungi.

Katanya, program tersebut diadakan bagi memberi pendedahan awal kepada warga sekolah tentang kepentingan mengetahui langkah keselamatan kebakaran.

“Ilmu keselamatan ini amat penting kerana ia dapat menyelamatkan nyawa serta mengurangkan risiko panik sekiranya berlaku kecemasan. 

“Pendedahan awal juga membantu murid lebih bersedia dan tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Fasiliti serba lengkap SAA bantu anak autisme di Sibu
Next:
74 warga IPD Limbang berjaya keluar daripada kategori obesiti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.