Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Blueleaf Energy, Chemsain teroka projek tenaga boleh diperbaharui 3GW di Sarawak
  • BISNES

Blueleaf Energy, Chemsain teroka projek tenaga boleh diperbaharui 3GW di Sarawak

Utusan Sarawak 2 days ago
MOU… Blueleaf Energy dan Chemsain Sustainability menandatangani MoU pembangunan tenaga boleh diperbaharui di Sarawak, disaksikan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz di Singapura.

SINGAPURA: Blueleaf Energy, sebuah platform tenaga boleh diperbaharui terkemuka di Asia, dan Chemsain Sustainability Sdn. Bhd. (Chemsain), firma perunding kelestarian dari Sarawak, menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meneroka pembangunan projek tenaga boleh diperbaharui berskala utiliti sehingga 3 gigawatt (GW) di Sarawak.

MoU yang dimeterai sempena Persidangan ASEAN Macquarie 2025 di Hotel Fullerton, Singapura pada 18 Ogos lalu itu turut menyasarkan pembangunan teknologi solar fotovoltaik (PV) dan sistem simpanan tenaga bateri (BESS).

Kerjasama ini disifatkan sebagai langkah strategik bagi mempercepatkan peralihan tenaga bersih negara, sejajar dengan aspirasi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 Sarawak 2030 (PCDS 2030).

Ketua Pegawai Eksekutif Blueleaf Energy, Raghuram Natarajan berkata, MoU tersebut menandakan pencapaian penting dalam pengembangan syarikat itu di Asia Tenggara.

“Hasrat membangunkan sehingga 3 GW tenaga boleh diperbaharui di Sarawak membuktikan potensi besar negeri ini. Dengan kepakaran global kami digabungkan bersama pengetahuan mendalam Chemsain mengenai peraturan dan kelestarian, kami yakin dapat menghasilkan penyelesaian tenaga yang memberi nilai jangka panjang serta mengukuhkan peralihan tenaga Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Chemsain, Dr. John Chan menegaskan pihaknya komited mempercepatkan agenda pembangunan mampan di Sarawak.

“Fokus kami adalah untuk membantu mengurangkan risiko pembangunan selain memudah cara pelaburan tenaga bersih berskala besar yang mampu memberi manfaat berpanjangan kepada negeri ini,” ujarnya.

Ketua Pegawai Operasi Blueleaf Energy, Amiram Roth-Deblon pula berkata, kerjasama dengan rakan tempatan yang berwibawa adalah kunci memastikan setiap projek bukan sahaja menyumbang kepada penjanaan tenaga, malah memberikan kesan positif menyeluruh kepada masyarakat setempat.

Upacara menandatangani MoU itu disaksikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Dato’ Indera Dr. Azfar Mohamad Mustafar, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Singapura, Allaster Cox, Ketua Pegawai Eksekutif STATOS, Chew Chang Guan serta Pengarah Urusan Kumpulan Macquarie, Edward Lewis.

Turut hadir wakil kanan daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan Australia di Singapura, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Singapura (STATOS), Sarawak Energy Berhad, Invest Sarawak dan Bursa Malaysia.

Melalui MoU ini, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam aspek capaian tapak dan grid, kelulusan, pembangunan teknikal, selain penglibatan komuniti setempat. Ia juga akan membuka peluang kepada pembangunan ekosistem industri tempatan, sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi di Sarawak.

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi
Next: Harga minyak sawit mentah dijangka kekal lebihi RM4,300 satu tan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.