Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Eksklusif: Populasi orang utan Borneo terkawal
  • TEMPATAN

Eksklusif: Populasi orang utan Borneo terkawal

Utusan Sarawak 3 days ago

SARIKEI: Populasi orang utan Borneo (Pongo pygmaeus pygmaeus) di Sarawak kini kekal stabil sekitar 2,000 ekor dengan 95 peratus daripadanya dilindungi di Santuari Hidupan Liar Lanjak Entimau (LEWS) dan Taman Negara Batang Ai (BANP).

Pengurus Besar Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Abang Arabi Abang Aimran, berkata pencapaian ini mencerminkan keberkesanan langkah pemuliharaan in-situ, iaitu usaha melindungi spesies di habitat asal serta sokongan berterusan komuniti setempat.

ABANG Arabi Abang Aimran.

“Stabilnya populasi orang utan di negeri ini adalah hasil daripada pelaksanaan strategi pemuliharaan, rehabilitasi, serta kesedaran masyarakat yang semakin meningkat. 

“Sarawak telah menetapkan sasaran sejuta hektar Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA) di mana 234,335 hektar atau 23 peratus daripadanya dikhususkan untuk perlindungan orang utan,” katanya ketika ditemu bual Utusan Sarawak.

Abang Arabi berkata kawasan perlindungan itu termasuk LEWS dan pertambahan (182,983 hektar) BANP dan pertambahan (26,159 hektar), Taman Negara Sedilu (6,311 hektar), Taman Negara Ulu Sebuyau (18,287 hektar) dan Taman Negara Gunung Lesong (595 hektar).

“Selain di habitat liar, orang utan juga dijaga di pusat konservasi iaitu Pusat Hidupan Liar Semenggoh yang menempatkan 28 ekor, serta Pusat Hidupan Liar Matang yang menempatkan 20 ekor (17 dalam kurungan, tiga separa liar).

“Sejak 2007, program pemulihan di Pusat Hidupan Liar Matang telah memulihkan lima anak orang utan dan kini tiga daripadanya masih dalam jagaan,” katanya.

Jelasnya, antara langkah pemuliharaan lain termasuk program kesedaran seperti ‘Heart to Heart with Orangutan’, program pemantauan berterusan di BANP dan LEWS, serta perlindungan undang-undang di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar.

Abang Arabi menegaskan, membunuh orang utan adalah menyalahi undang-undang dan dalam sesetengah komuniti, ia turut dianggap pantang larang budaya, khususnya kaum Iban di Lubok Antu.

“Perlindungan orang utan bukan sekadar soal undang-undang, tetapi juga mencerminkan nilai budaya masyarakat peribumi. 

Dalam aspek kerjasama strategik, beliau berkata SFC menjalin hubungan dengan Program Hidupan Liar Global UNDP–GEF (Program Pembangunan PBB–Tabung Alam Sekitar Global), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), WWF–Malaysia (Dana Sedunia Alam Semula Jadi) dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar (WCS). 

“Kerjasama ini memberi tumpuan kepada pemuliharaan habitat, pencegahan jenayah hidupan liar dan sokongan terhadap kelangsungan hidup komuniti secara lestari,” katanya lagi.

Beliau berkata usaha ini turut mendapat pengiktirafan di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), khususnya dalam tonggak pelancongan yang menekankan ekopelancongan berasaskan alam semula jadi.

“Komuniti setempat turut terlibat secara aktif dalam rondaan, ekopelancongan serta aktiviti kesedaran, selain memainkan peranan besar melalui tradisi dan nilai budaya yang telah lama melindungi orang utan.

“Nilai dan tradisi inilah yang menjadi kekuatan Sarawak dalam memastikan orang utan terus dipelihara untuk generasi akan datang,” katanya. 

Berbanding dengan orang utan di Sabah, orang utan Sarawak lebih kecil saiznya. 

Jantan dewasa boleh mencapai berat antara 50 hingga 100 kilogram dan secara semula jadinya, spesies ini hidup bersendirian kecuali hubungan erat antara ibu dengan anak.

Oleh Earl Anek

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Wong King Yii calls for stronger measures against illegal gambling
Next: Kembara Borneo 2025: Ukhuwah lama disemai semula di Bumi Kenyalang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.