Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Kesedaran pendermaan organ masih rendah di Sarawak
  • KESIHATAN

Kesedaran pendermaan organ masih rendah di Sarawak

Utusan Sarawak 15 hours ago
Dr. Lydia Yet (empat dari kiri) dan Dr. Ngian Hie Ung (tiga dari kiri) menyempurnakan perasmian Minggu Kesedaran Pendermaan Organ di Hospital Umum Sarawak, hari ini.

KUCHING: Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pendermaan organ perlu terus diperkasa bagi memastikan lebih ramai pesakit mendapat peluang kedua untuk hidup.

Majlis perasmian Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Hospital Umum Sarawak (HUS) yang mengangkat slogan ‘Warisku, Hormati Ikrarku’ hari ini menjadi platform penting dalam mengingatkan masyarakat bahawa ikrar pendermaan organ bukan sekadar catatan di atas kertas, sebaliknya wasiat kasih sayang yang mampu menyelamatkan nyawa.

Ketua Perolehan Organ HUS, Dr. Lydia Yet berkata, Unit Pendermaan Organ yang ditubuhkan pada 2022 berperanan mengenal pasti penderma berpotensi serta menyelaras perolehan organ dan tisu di peringkat hospital sebelum dikoordinasi bersama pusat pemindahan nasional.

“Penderma berpotensi ialah pesakit yang disahkan mengalami kematian otak dengan kriteria bersesuaian mengikut keperluan kes. Organ tersebut boleh didermakan kepada pesakit yang memerlukan.

“Kali terakhir organ diperoleh adalah pada 2015. Pada 2024, kami berjaya menemui seorang penderma tisu dan seorang penderma organ. Namun bagi 2025, belum ada penderma direkodkan di HUS kecuali satu kes di Miri,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Beliau menegaskan, usaha meningkatkan kesedaran pendermaan organ perlu bermula dari kalangan warga HUS sendiri sebelum diteruskan kepada masyarakat umum.

“Saya percaya usaha hari ini mungkin belum menampakkan hasil segera, tetapi setiap langkah kecil amat berharga kerana ia mampu menyelamatkan nyawa.

“Marilah kita bersama-sama menjadikan pendermaan organ sebagai legasi kasih sayang, amal jariah abadi dan warisan yang benar-benar memberi kehidupan baharu kepada insan lain,” ujarnya.

Majlis perasmian disempurnakan bersama Pengarah HUS, Dr. Ngian Hie Ung.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Pendermaan organ dan tisu: Hadiah kehidupan buat pesakit yang menanti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.