Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gereja St. Francis Xavier destinasi pertama Jelajah Kayuhan Sihat Borneo 2025
  • Tengah
  • WILAYAH

Gereja St. Francis Xavier destinasi pertama Jelajah Kayuhan Sihat Borneo 2025

Utusan Sarawak 2 days ago
RAIKAN BERSAMA...Para peserta disambut meriah oleh pihak Gereja Katolik St. Francis Xavier pada Jelajah Perpaduan Kayuhan Sihat Borneo 2025 di Kanowit semalam.

KANOWIT: Gereja Katolik St. Francis Xavier di sini dipilih menjadi lokasi persinggahan pertama bagi Jelajah Perpaduan Kayuhan Sihat Borneo 2025 semalam.

Menurut Ketua Sambutan Persinggahan Jelajah Perpaduan, Peter Jaya Slan, pemilihan gereja sebagai destinasi pertama adalah bukti nyata bahawa perbezaan agama, bangsa dan budaya bukan penghalang untuk rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

“Keharmonian ini perlu dipertahankan dan dipupuk oleh semua pihak. Persinggahan ini menjadi simbol semangat perpaduan yang wujud dalam kalangan rakyat,” katanya ketika ditemui semasa acara sambutan di gereja berkenaan.

Seramai 110 wakil Kawasan Rukun Tetangga (KRT) hadir bagi menyambut ketibaan peserta jelajah pada 10.00 pagi dengan sambutan turut diketuai oleh Peter Jaya bersama ahli jawatankuasa gereja.

Acara bertemakan ‘Ceria Merdeka dan Jejak Harmoni’ itu menyaksikan penyampaian plak penghargaan dan Jalur Gemilang kepada paderi gereja, Rev. Fr. George Omuto, oleh Timbalan Presiden Pertubuhan NADI Sihat, Rashid Abdullah.

Penyerahan simbolik itu turut disaksikan oleh Pegawai Perpaduan Bahagian Sibu, Jendri Mangku, sebagai persediaan menyambut Hari Kebangsaan ke-68.

Sementara itu, Ahli jawatankuasa gereja, Mathew Madau, menyifatkan pemilihan gereja tersebut sebagai lokasi persinggahan sebagai satu penghormatan besar.

“Kami berasa amat terharu dan bersyukur kerana dipilih sebagai antara lokasi bagi menjayakan program jelajah ini. Ia membuktikan bahawa gereja juga memainkan peranan penting dalam membina jambatan perpaduan,” katanya.

Beliau turut menggesa agar semua lapisan masyarakat mengekalkan semangat keharmonian dan perpaduan demi kecemerlangan negara.

Program Jelajah Perpaduan Kayuhan Sihat Borneo 2025 akan diteruskan dengan beberapa persinggahan di lokasi terpilih di seluruh Borneo, sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 yang bertemakan ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni.’

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SUPP Bawang Assan sumbang kerusi roda kepada warga emas
Next: Bomba berjaya tangkap biawak ceroboh longkang rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.