Pelabuhan Bintulu sekali lagi jayakan KMJG bersama JaPen

Facebook
WhatsApp
RAKAM KENANGAN… Peserta Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) bersama wakil Bintulu Port dan Komuniti MADANI Parlimen P.217 Bintulu bergambar kenangan semasa majlis makan malam di Bintulu, malam tadi.

BINTULU: Pelabuhan Bintulu terus menunjukkan komitmen terhadap semangat patriotisme apabila buat kali keempat menjadi rakan strategik bagi program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen).

Sokongan itu dizahirkan menerusi penganjuran majlis makan malam meraikan rombongan konvoi KMJG di sebuah hotel di sini semalam yang diserikan dengan kehadiran 12 Komuniti MADANI Parlimen P.217 Bintulu.

Konvoi tersebut baharu sahaja tiba dari Dewan Kampung Luagan, Sundar, Lawas yang merupakan ‘hentian sementara’ kelapan sebelum meneruskan perjalanan ke Tanjung Batu dan Wisma Kontena, Pelabuhan Bintulu.

UCAPAN… Pengurus Besar Perhubungan Pihak Berkepentingan BPHB, Maslihah Tioh berucap pada majlis makan malam tersebut semalam

Naib Presiden Kanan Kewangan Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), Daiana Luna Suip; Pengurus Besar Perhubungan Pihak Berkepentingan BPHB, Maslihah Tioh; Timbalan Pengarah JaPen Sarawak, Sri Kestury Mohammed Zamhari serta wakil pelbagai agensi turut memeriahkan majlis.

Maslihah berkata, penglibatan berterusan Pelabuhan Bintulu sebagai rakan strategik KMJG mencerminkan sokongan padu syarikat itu terhadap usaha memupuk semangat cintakan negara.

Oleh Carolyne Utih