Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Malam Amal Festival Kuching serlah jiwa pemurah, kutipan amal lebih RM67,000
  • TEMPATAN

Malam Amal Festival Kuching serlah jiwa pemurah, kutipan amal lebih RM67,000

Utusan Sarawak 10 hours ago
PENYERAHAN mok cek jumlah sumbangan amal pada majlis Malam Amal Festival Kuching 2025 di tapak Festival Kuching hari ini. Foto: Adele Rissa

KUCHING: Malam Amal Festival Kuching yang diadakan di tapak Festival Kuching hari ini berlangsung penuh meriah dengan kehadiran ribuan pengunjung yang terus membanjiri kawasan acara walaupun cuaca hujan dan berangin sejak ia bermula pada 25 Julai lalu.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng dalam ucapannya berkata, suasana meriah yang berterusan walaupun berdepan cabaran cuaca membuktikan semangat masyarakat Kuching yang tidak mudah luntur.

“Itulah semangat orang Kuching. Hujan atau panas, kita tetap berkumpul untuk menikmati makanan, muzik dan kebersamaan. 

“Festival ini bukan sekadar pesta makanan, tetapi sebahagian daripada identiti kita sebagai Bandar Kreatif Gastronomi UNESCO. 

“Sajian kita bukan hanya sedap malah memaparkan budaya, kreativiti dan warisan yang dihidangkan di atas pinggan. Malam ini kita menambah satu lagi ramuan istimewa iaitu semangat memberi,” katanya ketika berucap pada majlis Malam Amal Festival Kuching hari ini. 

RAKAMAN gambar kenangan Dato Wee Hong Seng bersama dengan barisan juri bagi pertandingan Landskap Kawasan Sekolah 2025 pada majlis Malam Amal Festival Kuching 2025 di tapak Festival Kuching hari ini. Foto: Adele Rissa

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para pengusaha gerai yang bukan sahaja bekerja keras melayan ribuan pengunjung, malah turut menyumbang daripada hati yang ikhlas. 

Hasil kutipan malam amal ini berjumlah RM67,105.85 akan diagihkan kepada 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang gigih membantu golongan memerlukan.

Dalam pada itu, Dato Wee menggesa NGO agar memperluas skop bantuan dengan tidak hanya menunggu permohonan daripada mereka yang memerlukan. 

“Kita perlu turun padang, mencari dan mengenal pasti mereka yang diam-diam bergelut dengan kesusahan. 

“Ada yang menderita dalam senyap dan menjadi tanggungjawab kita untuk membantu sebelum mereka meminta. Inilah yang dimaksudkan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dengan prinsip ‘Tiada Siapa Tertinggal’, kita raikan bersama dan saling mengambil berat,” ujarnya lagi. 

Mengakhiri ucapannya, Dato Wee menegaskan bahawa Festival Kuching adalah lebih daripada sekadar makanan dan hiburan, sebaliknya lambang perpaduan, kemurahan hati, dan rasa bangga terhadap bandar ini. 

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pemenang Gerai Berhias dan Landskap Sekolah diraikan di Malam Amal Festival Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.