Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lawas makin pesat membangun, menuju status bandar moden menjelang 2030
  • Utara
  • WILAYAH

Lawas makin pesat membangun, menuju status bandar moden menjelang 2030

Utusan Sarawak 8 hours ago
PELEPASAN KONVOI… Datuk Dr Abdul Rahman Ismail bersama Dato Henry Sum Agong melakukan pelepasan konvoi Jalur Gemilang yang berangkat ke Bintulu petang ini.

LAWAS: Daerah Lawas yang terletak di utara Sarawak kini menyaksikan pembangunan pesat dan progresif hasil limpahan kemerdekaan sejak penubuhan Malaysia 62 tahun lalu, kata Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, beliau menyifatkan kemajuan Lawas sebagai bukti kejayaan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan persekutuan, khususnya di bawah kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

TERIMA KASIH...Roszilawati Nor Aziz menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan Dato Henry Sum Agong.  

“Selepas 62 tahun bersama membentuk Malaysia, Lawas kini muncul sebagai destinasi berdaya saing, dinamik dan progresif. Menjelang 2030, Lawas akan berkembang menjadi bandar moden lengkap dengan infrastruktur, bangunan pencakar langit, dan pelbagai kemudahan,” jelasnya.

Beliau turut mengumumkan pelbagai inisiatif pelancongan baharu termasuk pembangunan sektor agro pelancongan, eko pelancongan dan edu-pelancongan di Lawas.

Antaranya ialah pengeluaran keju mozzarella buatan tempatan di Meragang, pembangunan jelapang padi di Sundar oleh pelabur luar serta cadangan menjadikan Sundar sebagai destinasi agro dan edu-pelancongan utama.

“Keju mozzarella dari Lawas bakal menjadi produk ikonik yang akan menarik pelancong ke Meragang, manakala projek jelapang padi di Sundar bukan sahaja mengukuhkan sekuriti makanan, malah memperluas sektor pelancongan pendidikan dan pertanian,” katanya.

SEMANGAT PATRIOTIK... Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan Dato Henry Sum Agong bersama-sama menyanyikan Keranamu Malaysia di Dewan Masyarakat Kampung Luagan Sundar Lawas.

Dr Abdul Rahman turut menekankan komitmen kerajaan dalam memperkukuh prasarana pendidikan, ekonomi dan sosial di Lawas, termasuk perasmian Pusat Latihan Teknikal (CENTEXS) oleh Premier Sarawak pada 25 Ogos, pembangunan Anjung Usahawan sebagai pemacu ekonomi setempat, kemudahan riadah dan sosial untuk kesejahteraan masyarakat.

“Lawas akan lengkap dalam semua aspek pembangunan menjelang 2030 daripada ekonomi, pendidikan hingga sosial. Ini adalah visi kami untuk memastikan tiada daerah tertinggal dalam arus pembangunan negeri,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Konvoi Jalur Gemilang Peringkat Daerah Lawas di Dewan Kampung Luagan, Sundar.

Program diteruskan dengan pelepasan konvoi ke Bintulu yang disempurnakan oleh Dr Abdul Rahman dan Dato Henry Sum Agong.

Turut hadir Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok, wakil Jabatan Penerangan Sarawak Roszilawati Nor Aziz serta kenamaan tempatan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM50,000 untuk 5 PIBG di Marudi, lebih RM1 juta Projek Luar Bandar diusahakan sejak 2016
Next: Mangsa kebakaran Kampung Tengah terima bantuan subsidi sewa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.