Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Marah ditegur, pekerja kilang bata tikam rakan serumah guna parang
  • MAHKAMAH

Marah ditegur, pekerja kilang bata tikam rakan serumah guna parang

Utusan Sarawak 13 hours ago
KOMPLEKS Mahkamah Sibu.

SIBU: Mahkamah Majistret menjatuhi hukuman penjara 12 bulan terhadap pekerja kilang bata di sini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan parah serta ugut jenayah terhadap rakan sekerjanya, pada Jumaat lepas.

Watson Indo, 24, yang membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Romario Jonoi, diperintah menjalani hukuman penjara tersebut berkuatkuasa dari tarikh sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Watson didakwa mendatangkan kecederaan parah kepada rakan sekerjanya berusia 43 tahun yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan kedua iaitu melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa sama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 503 dan dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Watson didakwa melakukan kesalahan itu di rumah pekerja kilang bata di Jalan Kemuyang pada 8 Ogos 2025, kira-kira 6.30 petang.

Mengikut fakta kes, pada 8 Ogos 2025, kira-kira 6.30 petang bertempat di rumah pekerja kilang bata di Jalan Kemuyang, berlaku pergaduhan antara tertuduh dengan pengadu.

Pergaduhan itu berlaku disebabkan tertuduh tidak puas hati dengan pengadu yang menegurnya kerana mengetuk serta menghentam dinding bilik pengadu yang menganggu tidur pengadu setelah kerja syif malam.

Tertuduh merasa marah dan tidak puas hati sambil mendakwa pengadu menganggunya yang ingin berseronok. Tertuduh yang dibawah pengaruh alkohol kemudian bertindak menumbuk pengadu beberapa kali di bahagian muka.

Keadaan bertambah buruk apabila tertuduh mengambil parang dari biliknya serta mengugut pengadu sebelum adik pengadu cuba menenangkan keadaan.

Pada 9 Ogos 2025, kira-kira 1.45 petang, tertuduh telah ditahan pihak polis di hadapan rumah pekerja kilang bata dan merampas parang yang digunakan dalam kejadian terbabit.  

Ketika disoal siasat, tertuduh mengaku menumbuk serta menghunus parang ke arah pengadu.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Haris Danial Mohamed Hassan sementara tertuduh tidak diwakili.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: RM1.49 million lost in fake JKR project financing scam
Next: Mahkamah Agung Korea Selatan kekalkan keputusan kes plagiat penerbit lagu ‘Baby Shark’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.