Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Taylor Swift umum album baharu bakal dilancarkan Oktober ini
  • HIBURAN

Taylor Swift umum album baharu bakal dilancarkan Oktober ini

Utusan Sarawak 18 hours ago
GAMBAR ini diambil ketika Taylor Swift, tiba untuk Anugerah Golden Globe kali ke-81 di Hotel The Beverly Hilton, Beverly Hills, California, pada 7 Januari 2024. Foto AFP

LOS ANGELES: Taylor Swift mendedahkan bahawa album terbarunya berjudul The Life of a Showgirl akan dilancarkan pada 3 Oktober, sambil mempersembahkan seni kulit album dan senarai lagu untuk album dijangka menjadi antara paling popular tahun ini.

Pengumuman itu dibuat dalam episod rancangan podcast New Heights Show yang disiarkan pada hari Rabu, yang dikendalikan oleh teman lelakinya, pemain pasukan Kansas City Chiefs, Travis Kelce, bersama abangnya, Jason.

Perkara itu turut disahkan menerusi akaun media sosial rasmi milik Swift.

“Sayang, begitulah dunia hiburan. Album baharu The Life of a Showgirl akan dilancarkan pada 3 Oktober,” tulisnya dalam Instagram.

Laman web rasmi Swift memaparkan empat versi CD berbeza, termasuk edisi khas “peluh dan minyak wangi vanila” yang juga ditawarkan dalam format kaset dan vinil.

GAMBAR fail ketika Taylor Swift, membuat persembahan di atas pentas semasa The Eras Tour di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida, pada 18 Oktober 2024. Foto AFP

Kulit album untuk edisi tersebut menampilkan pemenang 14 kali Anugerah Grammy itu separuh tenggelam dalam air yang kelihatan agak keruh, sambil memakai baju bertatah batu permata.

Senarai lagu yang turut didedahkan pada Rabu itu mengandungi 12 lagu, termasuk lagu utama bertajuk The Life of a Showgirl menampilkan penyanyi Sabrina Carpenter.

Pelancaran kali terakhir Taylor Swift, The Tortured Poets Department, berlangsung pada April tahun lalu. Hanya beberapa jam selepas pelancarannya, penyanyi lagu Shake It Off itu mengembangkan album tersebut menjadi album berganda bertajuk The Anthology, yang menguasai carta muzik sepanjang tahun.

Penyanyi berusia 35 tahun itu baru-baru ini menamatkan jelajah dunia selama hampir dua tahun yang mencatat pendapatan sebanyak AS$2 bilion, memecahkan rekod.

Sebanyak 149 persembahan dalam Eras Tour biasanya berlangsung lebih tiga jam, menghiburkan peminat yang sanggup membayar harga tinggi demi berpeluang menyaksikan salah seorang bintang pop terbesar sepanjang zaman.

Walaupun Swift terkenal dengan lagu-lagu yang berkisarkan kisah patah hati bersama bekas kekasihnya selama dua tahun bersama Kelce, salah seorang pemain NFL.

Namun, sokongannya terhadap calon Demokrat, Kamala Harris, dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat November lalu tidak mencukupi untuk mengubah keputusan — walaupun ia mencetuskan kemarahan pemenang, Donald Trump, yang menyatakan di media sosial, ‘I HATE TAYLOR SWIFT.’ – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Bunga bangkit dari kejatuhan, lunas impian dengan ‘Seharum Nama’
Next: Penyanyi legenda Billy Joel, akan jual motosikal kerana masalah kesihatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.