Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak kukuh benteng laut: 202,049 tukun dilabuhkan sejak 1984
  • TEMPATAN

Sarawak kukuh benteng laut: 202,049 tukun dilabuhkan sejak 1984

Utusan Sarawak 2 days ago
BANTUAN NELAYAN...KK Roslan Sisa menerima replika alat bantuan nelayan pada majlis pelancaran tukun rekreasi Jabatan Perikanan Laut Sarawak Kampung Punang dan Awat-awat Daerah Lawas hari ini.

LAWAS: Sarawak terus memperkukuh benteng pertahanan maritimnya dan memelihara sumber laut dengan melabuhkan sebanyak 202,049 unit tukun pelbagai jenis sejak 1984, sebagai usaha berterusan melindungi perairan negeri daripada pencerobohan nelayan asing serta memastikan bekalan makanan laut kekal mencukupi.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata inisiatif ini bukan sahaja menyumbang kepada pemuliharaan biodiversiti marin, malah meningkatkan populasi ikan di perairan negeri termasuk di kawasan pesisir Lawas.

“Buat julung kalinya, kita akan melancarkan 64 unit tukun tiruan rekreasi di perairan Lawas. Tukun ini bertindak sebagai serampang dua mata, melindungi sumber laut dan menghalang pencerobohan pukat tunda,” katanya.

Ucapan beliau disampaikan oleh Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, ketika merasmikan majlis pelancaran Tukun Rekreasi Jabatan Perikanan Laut Sarawak di Tebingan Pantai Kampung Punang dan Awat-Awat, hari ini.

Sejak 1991, sebanyak 5 jenis tukun telah dilabuhkan di perairan Lawas, termasuk 11,018 unit tukun tayar (1992), 200 unit tukun bebola, 1 unit tukun vessel, 57 unit tukun konkrit dasar lembut dan 80 unit tukun konkrit penghalang pukat tunda.

Di seluruh Sarawak pula, Jabatan Perikanan Laut telah berjaya melabuhkan lebih 202,000 unit tukun sejak 1984 menjadikan Sarawak antara negeri paling aktif dalam pemuliharaan sumber marin.

Dalam pada itu, Awang Tengah turut menekankan kepentingan keselamatan nelayan Sarawak, dengan penyediaan peralatan seperti GPS mudah alih dan Suara Penentu Lokasi Peribadi (PLB) yang telah diagihkan kepada 298 nelayan di seluruh negeri.

“Langkah ini menyokong usaha pemuliharaan laut melalui tukun tiruan, di samping memastikan keselamatan nelayan semasa menangkap ikan di lautan terbuka,” tambahnya.

Untuk Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), kerajaan memperuntukkan RM20 juta kepada projek pembangunan dan pengurusan sumber perikanan melalui tukun tiruan. Bagi tahun ini sahaja, sejumlah RM3.7 juta telah diperuntukkan untuk pembinaan tukun baharu di seluruh Sarawak.

Daripada jumlah itu, lebih RM460,000 telah digunakan untuk pembelian GPS dan PLB demi menjamin keselamatan nelayan.

Turut hadir Pengarah Kanan Jabatan Perikanan Laut Sarawak, Abdul Rahman Wahab dan Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Program ‘Bersiap & Menawan’ bantu wanita tingkat keyakinan diri
Next: RM7 juta diperuntuk bangunkan akuakultur air payau di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.