Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Sarikei bantu hantar warga emas ke hospital
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Sarikei bantu hantar warga emas ke hospital

Utusan Sarawak 3 days ago
BANTU…Pasukan APM Sarikei menghantar pesakit ke hospital. Foto APM Sarikei 

SARIKEI: Seorang lelaki warga emas berumur 70 tahun dihantar ke hospital oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei. 

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi, lelaki tersebut ditemui dalam keadaan lemah di Jalan Wharf, semalam.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan sekitar 11.29 pagi dari pihak hospital untuk bantuan menghantar pesakit ke hospital. 

“Sampai di lokasi, pasukan APM Sarikei membuat pemeriksaan awal terhadap pesakit,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, hasil pemeriksaan awal didapati pesakit dalam keadaan lemah dan tidak dapat berjalan. 

“Pesakit dihantar segera ke hospital untuk rawatan selanjutnya. 

“Khidmat khas menghantar pesakit ke hospital selesai sepenuhnya pada 11.49 pagi,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ular tedung selar sembunyi dalam enjin 4WD berjaya ditangkap
Next: SJA perkenal dua inisiatif baharu untuk kebajikan ahli

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.