Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular tedung selar sembunyi dalam enjin 4WD berjaya ditangkap
  • Tengah
  • WILAYAH

Ular tedung selar sembunyi dalam enjin 4WD berjaya ditangkap

Utusan Sarawak 3 days ago
DITANGKAP….Ular tedung selar berjaya ditangkap oleh anggota APM Sarikei. Foto APM Sarikei 

SARIKEI: Kehadiran seekor ular tedung selar yang bersembunyi di dalam ruang enjin sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Koko, Kampung Sungai Ribing telah mencemaskan pemiliknya.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 4.37 petang semalam. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei bergegas ke lokasi. 

“Sampai di lokasi, pasukan APM Sarikei menjalankan pengoperasian mengesan ular tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

DALAM ENJIN….Ular dikesan berada dalam bahagian enjin kenderaan pacuan empat roda. Foto APM Sarikei 

Katanya, selepas berjaya mengesan ular, operasi menangkap ular dijalankan. 

“Ular tedung selar berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang 33 minit. Ular ditangkap menggunakan teknik menyepit dan menjerut.  Operasi menangkap ular selesai sepenuhnya pada 5.38 petang,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 40 peserta sertai latihan pembuatan sabun dan lilin di Kampung Baru
Next: APM Sarikei bantu hantar warga emas ke hospital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.