Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 40 peserta sertai latihan pembuatan sabun dan lilin di Kampung Baru
  • Selatan
  • WILAYAH

40 peserta sertai latihan pembuatan sabun dan lilin di Kampung Baru

Utusan Sarawak 3 days ago
ANTARA peserta menyertai program latihan pembuatan sabun dan lilin yang berlangsung di Kampung Baru, di sini, hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Seramai 40 peserta komuniti setempat menyertai program latihan pembuatan sabun dan lilin yang berlangsung di Kampung Baru di sini, hari ini.

Program berkenaan merupakan inisiatif Sisa kepada Nilai: Memperkasa Komuniti Melalui Inovasi Hijau (Waste to Wealth: Empowering Communities Through Green Innovation) yang dibahagikan kepada dua sesi latihan.

Sebanyak 20 peserta mengikuti latihan pembuatan sabun botani dikendalikan pengasas jenama kecantikan tempatan dan pelatih komuniti berpengalaman, Ummu Aqilah Makshut, manakala 20 lagi mempelajari pembuatan lilin aromaterapi di bawah bimbingan pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan penyelidik dalam bahan lestari, Dr Vannessa Lawai.

Melalui sesi tersebut, peserta didedahkan kepada teknik menghasilkan produk berkualiti tinggi yang berpotensi untuk dipasarkan.

Mereka turut menggunakan bahan buangan seperti minyak masak terpakai bagi mengurangkan pembaziran.

Peserta berterima kasih kepada tenaga pengajar kerana berkongsi ilmu yang dapat membantu menjana pendapatan di samping memupuk kesedaran kelestarian alam sekitar.

Program ini diharap mampu melahirkan usahawan mikro baharu dalam kalangan komuniti setempat, sekali gus menyokong pembangunan ekonomi dan usaha pemeliharaan alam sekitar.

Continue Reading

Previous: Dato Wee Hong Seng terima kunjungan hormat Majlis Pengakap Taoyuan, Taiwan
Next: Ular tedung selar sembunyi dalam enjin 4WD berjaya ditangkap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.