Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ibu bapa perlu kaunseling elak penafian jika anak terlibat dadah
  • TEMPATAN

Ibu bapa perlu kaunseling elak penafian jika anak terlibat dadah

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Dr Annuar Rapaee (duduk tengah) dan yang lain merakam gambar kenangan bersama peserta Program Madani Komuniti Sejahtera Bebas Dadah di Dewan LAKIS di sini, semalam.


SIBU: Ibu bapa disaran mendapatkan kaunseling terlebih dahulu bagi memastikan mereka tidak berada dalam fasa penafian sekiranya anak mereka terlibat dengan penyalahgunaan dadah, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee.

Menurut beliau, masih ramai ibu bapa yang enggan menerima hakikat apabila anak mereka terbabit dalam gejala tersebut, sekali gus menimbulkan rasa takut atau serba salah dalam kalangan komuniti setempat untuk melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

 “Pertama sekali, kita mesti memastikan ibu bapa tidak berada dalam keadaan penafian.

“Jika pelajar terlibat dengan penyalahgunaan dadah, kaunseling perlu diberikan kepada ibu bapa supaya mereka dapat menerima hakikat anak mereka mempunyai masalah, di samping diberi panduan yang betul untuk menanganinya,” katanya.

Dr Annuar berkata demikian kepada pemberita selepas menangguhkan program Madani Komuniti Sejahtera Bebas Dadah di Dewan LAKIS di sini, semalam.


Program itu dianjurkan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti bersama Jawatankuasa Sehenti (OSC) Menangani Isu Dadah dan Substans (MIDS) serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Melayu/Melanau, dengan penyertaan 130 peserta.

Menurut beliau, masyarakat setempat sering berdepan dilema untuk melaporkan kegiatan pengedaran atau penyalahgunaan dadah kerana bimbang dimarahi ibu bapa yang enggan menerima kenyataan.

Sehubungan itu, beliau menegaskan peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sebagai barisan hadapan perlu diperkukuh memandangkan mereka paling dekat dengan komuniti.

“Jika mereka perasan atau mendapat maklumat bahawa seseorang terlibat dengan penyalahgunaan dadah, JKKK tidak perlu menyelesaikan masalah itu secara langsung, tetapi boleh menjadi ‘telinga’ masyarakat,” ujarnya.

Turut hadir Pengerusi KMKK Melayu/Melanau Daerah Sibu, Datuk Sri Temenggong Wan Hamid Edruce Tunku Mohamad, Pemanca Daerah Sibu, Sharifah Ainie Sayeed Alwie dan tetamu lain.

Oleh Tarani Lanting

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Setiausaha Kerajaan Sarawak sempurnakan upacara menaikkan bendera Ibu Pertiwi edisi Ogos
Next: Hornbill Familia raih johan Gema Warisan Tradisi Alat Muzik Tradisional

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.