Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Proses gali semula kubur Zara Qairina selesai malam ini
  • SEMASA

Proses gali semula kubur Zara Qairina selesai malam ini

Utusan Sarawak 2 days ago
ORANG ramai termasuk media massa dan sanak saudara Zara Qairina berkumpul di kawasan Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi Kampung Masapol Sipitang tempat Zara Qairina Mahathir, 13, dikebumikan. Petang ini kubur jenazah pelajar itu akan digali semula. Foto Bernama

SIPITANG: Proses penggalian semula kubur Zara Qairina Mahathir di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, di sini selesai pada 7.15 malam ini.

Jenazah pelajar tingkatan satu itu dibawa keluar dari tanah perkuburan berkenaan pada 7.38 malam dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 di Kota Kinabalu, kira-kira 130 kilometer dari sini, untuk membolehkan proses bedah siasat dijalankan.

Tinjauan Bernama di kawasan itu mendapati proses gali semula kubur terbabit dimulakan kira-kira 5.30 petang dengan bacaan doa setelah pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak bertanggungjawab tiba pada 4.56 petang.

Turut hadir menyaksikan proses berkenaan ialah Mufti Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, Ketua Polis Daerah Papar Supt Kamaruddin Ambo Sakka serta peguam mewakili keluarga Zara Qairina, iaitu Hamid Ismail dan Shahlan Jufri.

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan semalam memaklumkan mayat Zara Qairina perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan terhadap jenazah pelajar berkenaan.

AGC berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk siasatan lanjut diambil oleh PDRM demi memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada 17 Julai lepas setelah ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 4.00 pagi, 16 Julai.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Mayat Zara Qairina perlu digali semula
Next: Lebih 3,000 sertai himpunan ‘Justice for Zara Qairina’ di Labuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.