Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rakyat digesa peka terhadap dasar kerajaan demi pembangunan seimbang
  • TEMPATAN

Rakyat digesa peka terhadap dasar kerajaan demi pembangunan seimbang

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Rubiah Wang berucap dalam Program Jiwa Komuniti MADANI dan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Panca Delima, SMK Hajjah Laila Taib, Asajaya.

ASAJAYA: Rakyat disaran sentiasa peka terhadap dasar yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan dan Sarawak bagi menjamin pembangunan yang seimbang serta keadilan buat rakyat negeri ini.

Menurut Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, kerjasama erat kedua-dua kerajaan adalah untuk memastikan penduduk khususnya di luar bandar supaya tidak tercicir daripada menikmati manfaat pembangunan dan kebajikan.

“Pemahaman terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu diperkukuh dalam kalangan masyarakat agar hak dan kepentingan Sarawak dalam Persekutuan terus terpelihara.

“Usaha berterusan dilakukan bagi memastikan semangat MA63 terus dihormati demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Jiwa Komuniti MADANI dan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Panca Delima, SMK Hajjah Laila Taib di sini, hari ini.

RAKAMAN gambar kenangan bersama komuniti setempat yang menghadiri Program Jiwa Komuniti MADANI dan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Panca Delima, SMK Hajjah Laila Taib.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan turut mengalu-alukan maklum balas rakyat di peringkat akar umbi untuk membantu kerajaan menambah baik dasar dan inisiatif sedia ada.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas komitmen menjayakan program ini.

“Program yang diadakan ini sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI berteraskan nilai kemanusiaan, keterangkuman dan kesejahteraan rakyat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah JAPEN Sarawak, Sri Kesturi Mohammed Zamhari menyatakan bahawa program tersebut menjadi saluran komunikasi dua hala yang membolehkan dasar dan inisiatif kerajaan disampaikan dengan jelas kepada masyarakat.

“Perkara ini memberi ruang kepada rakyat untuk berkongsi pandangan dan keperluan mereka secara langsung kepada pemimpin,” ujarnya.

Program anjuran Jabatan Penerangan (JAPEN) Sarawak itu menghimpunkan ketua jabatan, pemimpin masyarakat, guru, pelajar, ahli Komuniti MADANI dan penduduk kampung.

Turut diadakan sesi bual bicara yang memberi pendedahan kepada 12 Komuniti MADANI Samarahan mengenai kepentingan MA63 dan perjuangan mempertahankan hak negeri.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Jambatan Nanga Lasi RM4.7 juta siap, lonjak sektor pertanian Meluan
Next: Diskaun 50 peratus saman trafik sempena Hari Kebangsaan ke-68

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.