Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Sarawak pertimbang tubuh pusat kawalan kesihatan bersepadu
  • KESIHATAN

Sarawak pertimbang tubuh pusat kawalan kesihatan bersepadu

Utusan Sarawak 2 days ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian merakamkan gambar selepas merasmikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Batu Kawa hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Sarawak sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan pusat kawalan kesihatan bersepadu bagi meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan di kawasan luar bandar, mencontohi model yang diguna pakai di Australia Barat.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, berkata perkara tersebut dikongsi bersama pihak Sarawak Multimedia Authority (SMA) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) susulan lawatan beliau ke Australia Barat baru-baru ini.

“Mereka (Australia) kini mempunyai satu inisiatif yang dipanggil pusat kawalan kesihatan atau ‘Healthcare Command Centre’ yang menyediakan sokongan pakar, sokongan kejururawatan, sokongan ambulans dan menyelaras semua itu dengan hospital di kawasan bandar.

“Jadi, yang ini mungkin kita boleh lihat bersama dengan SMA dan MCMC untuk kita boleh lihat kajian perintis swasta yang berpusat di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan beberapa hospital luar bandar di Sarawak,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Batu Kawa hari ini.

Beliau menekankan bahawa Australia Barat dan Sarawak mempunyai persamaan dari segi geografi yang luas dan kepadatan penduduk yang rendah, menjadikan pendekatan berasaskan teknologi penting dalam memastikan rakyat luar bandar tidak terpinggir daripada mendapatkan rawatan.

Katanya, sistem berpusat ini mampu mengurangkan keperluan kehadiran fizikal pakar di lokasi termasuk dari Semenanjung Malaysia, sekali gus membolehkan perkhidmatan kesihatan disalurkan dengan lebih cekap dan pantas.

“Mungkin di Sarawak, memandangkan kawasan kita juga sangat luas, kita tidak mampu untuk menghantar pakar ke semua tempat.

“Malah, untuk mendapatkan doktor dari Semenanjung Malaysia pun adalah sesuatu yang sukar, maka mungkin ini salah satu pendekatan yang boleh kita gunakan untuk membantu menangani isu kesihatan di kawasan luar bandar yang perlu kita beri perhatian,” jelas beliau lagi.

-UKAS

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Hospital Sibu anjur program perkasa rawatan dan kefahaman penyakit berjangkit
Next: Sarawak perkukuh ‘Perang Terhadap Gula’, sasar kurangkan risiko penyakit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.