Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerjasama HABIB, Didi & Friends pacu jenama Malaysia di peringkat global
  • NASIONAL

Kerjasama HABIB, Didi & Friends pacu jenama Malaysia di peringkat global

Utusan Sarawak 2 days ago

PENGERUSI Eksekutif Habib Jewels Sdn Bhd (Habib Group) Datuk Seri Meer Habib menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Rasmi Koleksi Terbaharu Habib X Didi and Friends di cawangan Habib Jewels Aeon Alpha Angle, Wangsa Maju hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: HABIB, jenama barang kemas tempatan terkemuka, memanfaatkan kolaborasi terbaharu bersama siri animasi kanak-kanak popular Didi & Friends untuk mempromosikan jenama tempatan di peringkat antarabangsa sekali gus memberikan pendedahan awal mengenai pelaburan emas kepada generasi muda.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB Datuk Seri Meer Sadik Habib berkata pemilihan Didi & Friends selaras dengan matlamat syarikat untuk menyokong industri kreatif tempatan serta menonjolkan kualiti dan kreativiti jenama Malaysia.

“Kami bangga sebagai jenama Malaysia dan komited dalam mempromosikan budaya, tradisi dan seni tempatan.

“Sebelum ini, kami bekerjasama dengan Upin & Ipin, dan kini dengan Didi & Friends kerana kedua-duanya mempunyai nilai yang sama iaitu memperkenalkan jenama tempatan ke persada dunia,” katanya kepada Bernama pada pelancaran koleksi HABIB x Didi & Friends di sini hari ini. 

ANTARA koleksi keluaran terbaharu dari Habib berkolaborasi bersama siri animasi popular kanak-kanak, Didi & Friends pada Majlis Pelancaran Rasmi Koleksi Terbaru Habib X Didi and Friends di cawangan Habib Jewels Aeon Alpha Angle, Wangsa Maju hari ini. HABIB menjadikan kolaborasi terbaharu bersama siri animasi popular kanak-kanak, Didi & Friends, sebagai platform untuk mempromosikan jenama tempatan di persada antarabangsa serta memberi pendedahan awal mengenai pelaburan emas kepada golongan muda. Foto BERNAMA

Meer Sadik berkata kolaborasi itu turut menitikberatkan aspek pendidikan, memandangkan Didi & Friends bukan sekadar menyajikan hiburan tetapi juga mengintegrasikan elemen pembelajaran selari dengan visi HABIB yang melihat emas sebagai perhiasan serta instrumen pelaburan.

“Apabila seseorang membeli emas, mereka turut mendapat pendedahan tentang nilai pelaburannya. Ini adalah sebahagian daripada sejarah masyarakat kita, namun generasi muda mungkin sudah melupakannya. Melalui koleksi ini, kami ingin mengembalikan kesedaran itu,” katanya.

Koleksi edisi terhad itu menampilkan pelbagai rekaan menarik termasuk wafer dan loket yang direka mengikut identiti watak Didi & Friends menggunakan teknologi inovatif electroforming bagi menghasilkan rantai emas 999 yang besar tetapi ringan, sekali gus menawarkan harga lebih berpatutan.

Wafer emas HABIB x Didi & Friends dijual pada harga RM148 setiap satu dan RM444 untuk satu set  merangkumi tiga watak utama iaitu Didi, Nana dan Jojo manakala charm pula boleh didapati dengan harga RM400 hingga RM500 seunit.

Meer Sadik berkata HABIB menyasarkan jualan sekitar RM1 juta bagi koleksi itu, namun yang lebih penting ialah pendedahan dan nilai koleksi itu sendiri sebagai pelaburan. 

Beliau berkata HABIB juga sentiasa terbuka untuk meneroka lebih banyak peluang kerjasama dengan jenama tempatan dalam industri kreatif pada masa hadapan, termasuk melibatkan watak dan jalan cerita baharu.– Bernama

Continue Reading

Previous: Kes Zara Qairina:  Siasatan telus, tiada siapa dilindungi – PM Anwar
Next: Semua pihak perlu peka aduan berkaitan isu buli – Nancy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.