Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 1,500 peserta meriahkan persembahan Seni Mempertahankan Diri Festival Kuching 2025
  • Selatan
  • WILAYAH

1,500 peserta meriahkan persembahan Seni Mempertahankan Diri Festival Kuching 2025

Utusan Sarawak 14 hours ago
MERIAH… Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng, menyempurnakan perasmian Persembahan Seni Mempertahankan Diri Festival Kuching 2025 di Stadium Hoki Negeri Sarawak, malam ini.

KUCHING: Seni Mempertahankan Diri Festival Kuching 2025 yang berlangsung di Stadium Hoki Negeri Sarawak malam ini menghimpunkan 13 persatuan seni mempertahankan diri dengan lebih 1,500 peserta pelbagai peringkat umur, sekali gus mempamerkan kepelbagaian budaya dan semangat perpaduan masyarakat.

“Malam ini bukan sekadar persembahan seni mempertahankan diri, tetapi kisah disiplin, hormat, keberanian dan perpaduan yang ditulis di hadapan kita semua,” kata Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng, ketika merasmikan acara tersebut.

Beliau berkata, penglibatan kanak-kanak, belia dan warga emas dalam seni mempertahankan diri mencerminkan semangat ‘Tiada Seorang Pun Yang Tertinggal’ yang menjadi pegangan MBKS, selain membuktikan bahawa sukan ini milik semua lapisan masyarakat.

WAJAH PESERTA… Antara peserta mempersembahkan aksi bertenaga dalam Persembahan Seni Mempertahankan Diri Festival Kuching 2025 di Stadium Hoki Negeri Sarawak, malam ini.

Menurutnya lagi, seni mempertahankan diri bukan sahaja berperanan sebagai pertahanan diri, malah membentuk minda dan hati yang kuat, mengajar bahawa rasa hormat mengatasi kemenangan, disiplin adalah kekuatan sebenar, serta menjadi jambatan antara budaya dengan menyatukan pelbagai aliran dari seluruh dunia di pentas Festival Kuching.

Sementara itu, Pengerusi Pengelola, CR Othman Bujang, berkata setiap langkah dan gerakan yang dipersembahkan malam ini membawa mesej bahawa seni mempertahankan diri adalah warisan yang perlu dibanggakan, dipelihara dan diteruskan.

Tambah beliau, mempelajari seni mempertahankan diri bukan sahaja menguatkan fizikal, malah membina disiplin, hormat, keyakinan diri dan daya tahan mental yang menjadi benteng daripada gejala sosial.

Dato Wee turut merakamkan penghargaan kepada para jurulatih, sifu, ibu bapa dan Jawatankuasa Penganjur yang bekerja keras menjayakan acara tersebut, sambil mengingatkan para peserta agar beraksi dengan bangga, penuh hormat dan semangat yang sama seperti ketika mereka mula-mula mengenakan seragam latihan.

Acara tersebut diakhiri dengan pengisytiharan rasmi pembukaan persembahan oleh Dato Wee, disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh daripada para penonton yang hadir bagi meraikan semangat seni, perpaduan dan budaya di bandar ini.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Soo Tien Ren urges Padawan Council to address economic decline in 10th Mile
Next: Pertunjukan seni bela diri warnai Festival Kuching 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.