Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pertukaran budaya melalui masakan Quanzhou
  • TEMPATAN

Pertukaran budaya melalui masakan Quanzhou

Utusan Sarawak 13 hours ago
SEDAP… Dato Wee Hong Seng mencuba sendiri makanan tradisional Quanzhou yang disifatkan beliau sebagai menarik dan enak. Foto: Norman B

KUCHING: Suasana di Gastronomy Corner, Festival Makanan Kuching 2025 terus meriah dengan kehadiran istimewa cef-cef dari Quanzhou, Wilayah Fujian, China yang mengadakan demonstrasi masakan secara langsung. 

Program anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) ini menjadi platform memperkaya elemen kulinari dan menggalakkan pertukaran budaya antarabangsa sekali gus mengukuhkan kedudukan Kuching sebagai Bandar Kreatif Gastronomi UNESCO.

Pada demonstrasi tersebut, cef berpengalaman dari Quanzhou mempersembahkan hidangan tradisional mereka di hadapan pengunjung dengan memberi peluang kepada orang ramai menyaksikan teknik penyediaan dan menikmati cita rasa autentik yang jarang ditemui di Sarawak.

CEF menyediakan ais campuran empat jenis buah yang merupakan juadah dari Quanzhou, China. Foto: Norman B

Antara menu yang memikat selera termasuk telur dadar tiram dengan daun kucai, ais campuran empat jenis buah, ngo hiang dengan buah berangan air, lobak putih goreng dan sup tofu masam.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng turut meluangkan masa menyaksikan demonstrasi dan mencuba sendiri makanan tradisional Hokkien yang disifatkan beliau sebagai menarik dan enak. Kehadiran beliau menyerikan lagi suasana sambil memberi sokongan terhadap usaha mempromosi kepelbagaian gastronomi kepada masyarakat.

ANTARA juadah yang diperkenalkan. Foto: Norman B

Gastronomy Corner bukan sahaja menampilkan Quanzhou, malah turut disertai bandar rakan antarabangsa lain seperti Zhenjiang, Wilayah Jiangsu, selain menggabungkan warisan kulinari tempatan termasuk daripada komuniti Bumiputera, Dayak dan Melayu Sarawak. Inisiatif ini selari dengan pelan jalan gastronomi MBKS yang berperanan memupuk bakat tempatan di samping menarik pelancong makanan dari dalam dan luar negara.

Festival Makanan Kuching 2025 yang bermula 25 Julai lalu sehingga 17 Ogos ini bertempat di Dewan Masyarakat MBKS menawarkan lebih daripada sekadar pengalaman kulinari. Festival ini turut mempamerkan kepelbagaian budaya, persembahan seni dan aktiviti komuniti, menjadikannya acara tahunan yang dinanti-nantikan penduduk tempatan dan pelancong.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Milton Foo raises online scam and human trafficking concerns in meeting with Deputy Minister Huang Tiong Sii
Next: Projek peluasan gudang MASKargo KIA bernilai RM2.5 juta dijangka siap April 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.