
BEIJING: Gempa bumi dengan magnitud 5.4 menggegarkan perairan di timur wilayah Taiwan, China pada 3.45 petang tadi, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC), lapor Xinhua.
Pusat gempa dikesan pada latitud 24.50 darjah utara dan longitud 123.00 darjah timur, dengan kedalaman 80 kilometer, menurut pusat itu.
-Bernama