Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pemerkasaan wanita terus diperkukuh, Sarawak Energy jadi contoh organisasi inklusif
  • TEMPATAN

Pemerkasaan wanita terus diperkukuh, Sarawak Energy jadi contoh organisasi inklusif

Utusan Sarawak 2 days ago
KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy, Datuk Sharbini Suhaili (lima dari kanan) menerima Anugerah Khas Premier Sarawak: Organisasi Responsif D2EI daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (empat dari kanan) sempena sambutan Hari Wanita Sarawak 2025 pada 2 Ogos. Turut kelihatan, Yang Berhormat Dato Sri Fatimah Abdullah (empat dari kiri), Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Awal dan Kesejahteraan Komuniti. 

PETRA JAYA: Komitmen Sarawak Energy dalam membina persekitaran kerja yang lebih inklusif dan adil menerima pengiktirafan tertinggi apabila dianugerahkan Anugerah Khas Premier Sarawak: Organisasi Responsif D2EI sempena sambutan Hari Wanita Sarawak 2025, yang berlangsung pada 2 Ogos di Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Majlis bertemakan ‘Kepelbagaian, Kesamarataan, Ekuiti & Inklusiviti (D2EI)’ itu telah disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Mewakili Sarawak Energy, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Sharbini Suhaili, menerima anugerah tersebut dan turut hadir selaku Pengerusi Majlis Rangkaian Wanita Peneraju Sarawak Energy (Sarawak Energy Leading Women Network – SELWN) yang menghimpunkan pemimpin kanan dari seluruh cawangan dan anak syarikat kumpulan.

“Pengiktirafan ini adalah hasil usaha kolektif warga kerja Sarawak Energy yang sentiasa berusaha membentuk tempat kerja yang menyokong dan inklusif.

“Kami akan terus mengukuhkan usaha ini dengan nilai bersama, akses yang saksama serta pembangunan kepimpinan,” jelas Sharbini dalam satu kenyataan hari ini.

Anugerah ini turut mengiktiraf usaha berterusan Sarawak Energy dalam memperkasa penyertaan wanita menerusi pembangunan kepimpinan, dasar mesra gender serta inisiatif inklusif di tempat kerja.

Sejak 2017, SELWN menjadi pemacu utama program seperti Wanita Membimbing Wanita (Women Mentoring Women) yang mempertemukan kakitangan wanita dari pelbagai jabatan bagi membina pertumbuhan profesional dan sokongan rakan sebaya.

Selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG 5) berkenaan kesaksamaan gender serta sasaran nasional 30 peratus wanita dalam peranan membuat keputusan, Sarawak Energy terus memperkukuh penyertaan wanita dalam sektor operasi, pengurusan dan keanggotaan lembaga.

DATO Sri Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Awal dan Kesejahteraan Komuniti (dua dari kanan), bersama buku Sarawak Women Creating Legacies yang dilancarkan pada 31 Julai. Penerbitan ini menampilkan 27 wanita Sarawak, termasuk Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Korporat Sarawak Energy, Hajah Siti Aisah Adenan, yang diiktiraf atas sumbangan beliau dalam bidang kepelbagaian, kesaksamaan dan inklusiviti (DEI) serta pemerkasaan belia.

Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Korporat Sarawak Energy, Siti Aisah Adenan, turut menerima penghormatan apabila dipaparkan dalam buku ‘Wanita Sarawak Mencipta Legasi’ (Sarawak Women Creating Legacies) yang dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Awal dan Kesejahteraan Komuniti pada 31 Julai lalu.

Beliau dikenali atas usahanya memperjuangkan inisiatif Tiada Toleransi terhadap Gangguan Seksual (Zero Tolerance for Sexual Harassment) dan mendesak lebih ramai wanita dalam posisi kepimpinan — antara teras utama budaya kerja inklusif Sarawak Energy.

Sarawak Energy juga telah memperkenalkan pelbagai kemudahan sokongan termasuk Pengaturan Kerja Fleksibel (Flexible Work Arrangements – FWA), pusat jagaan kanak-kanak, kemudahan menyusu serta Talian Prihatin SELWN (SELWN Careline) yang diwujudkan pada 2023 sebagai saluran selamat untuk melaporkan sebarang gangguan di tempat kerja.

FOTO kumpulan para penerima anugerah sempena sambutan Hari Wanita Sarawak 2025 yang berlangsung di Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 2 Ogos.

Sarawak Energy juga merupakan penandatangan kepada Prinsip Pemerkasaan Wanita (Women Empowerment Principles – WEPs) anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan telah menerima Anugerah Malaysia WEPs 2024 dalam kategori Penglibatan Komuniti dan Perkongsian Strategik.

Penghargaan tersebut merujuk kepada kejayaan Program Pembangunan Kraftangan yang menyokong wanita etnik Penan di sekitar Empangan Hidroelektrik Murum dalam mengekalkan seni anyaman rotan dan membina ketahanan ekonomi komuniti setempat.

Pada tahun yang sama, Sarawak Energy turut menerima Anugerah Wanita MyWIRA sempena Minggu Pemerkasaan Wanita anjuran TalentCorp, sebagai pengiktirafan terhadap usaha berterusan organisasi dalam memperkasakan wanita dan membudayakan tempat kerja yang lebih inklusif.

Sarawak Energy menegaskan komitmennya untuk terus menjadi peneraju dalam mempromosi nilai kesamarataan gender, pembangunan lestari dan tadbir urus yang bertanggungjawab dalam setiap peringkat operasinya.

Continue Reading

Previous: IUC SSPRC 2025 kembali: Swinburne Sarawak jadi tuan rumah 13–15 Ogos ini
Next: Megah Armada SB dilantik sebagai IAC Kejuruteraan Mekanikal PMU

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.