Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Michael Tiang prihatin kes budak jatuh longkang di Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Michael Tiang prihatin kes budak jatuh longkang di Sibu

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Michael Tiang Ming Tee.

SIBU: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap insiden yang berlaku di Jalan Dr Wong Soon Kai, melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang terjatuh ke dalam longkang.

“Bagi pihak Kementerian, saya merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada keluarga yang ditinggalkan dalam masa yang paling sukar ini.

“Tragedi menyayat hati ini menggariskan kebimbangan keselamatan awam yang telah lama wujud melibatkan penutup longkang yang hilang atau tidak selamat. 

“Tidak kira sama ada infrastruktur itu terletak di bawah bidang kuasa majlis tempatan atau agensi persekutuan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), langkah proaktif perlu diambil segera,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan turut menggesa semua pihak berkuasa berkaitan termasuk Majlis Perbandaran Sibu (MPS), JKR Bahagian Sibu, dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sibu untuk menjalankan tinjauan dan pemeriksaan menyeluruh di kawasan masing-masing bagi mengenal pasti dan menggantikan mana-mana penutup longkang yang hilang atau rosak dengan segera.

“Saya telah berbincang secara peribadi dengan Pengerusi MPS, Jurutera Bahagian JKR Sibu dan jurutera JPS Sibu untuk meminta perhatian segera dan tindakan yang diselaraskan dalam menangani isu ini dalam kawasan pentadbiran mereka. Keselamatan awam tidak boleh dikompromi.

“Pada masa sama, saya menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam kecurian dan perdagangan haram besi buruk, termasuk penutup longkang. Perbuatan tidak bertanggungjawab sedemikian membahayakan nyawa orang yang tidak bersalah dan mesti ditangani dengan tegas.

“Insiden ini adalah peringatan yang menyakitkan tentang tanggungjawab kolektif kita untuk memastikan bandar kita selamat untuk semua penduduk terutama kanak-kanak kecil. 

“Semoga ini menjadi titik tolak untuk kita memperkukuh kewaspadaan dan meningkatkan penyelarasan di kalangan semua pihak berkepentingan bagi mengelak tragedi seperti itu berulang,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rosey Yunus rasmi lima projek RTP di DUN Bekenu
Next: Tujuh kampung DUN Opar Bakal miliki dewan serbaguna baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.