Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • WhatsApp sekat lebih 6.8 juta akaun terkait penipuan-Meta
  • GLOBAL

WhatsApp sekat lebih 6.8 juta akaun terkait penipuan-Meta

Utusan Sarawak 2 days ago

ANKARA: WhatsApp menyekat lebih daripada 6.8 juta akaun yang dikaitkan dengan operasi penipuan dalam separuh pertama tahun ini, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik kenyataan syarikat induknya Meta pada Selasa.

“Sebagai sebahagian usaha berterusan kami untuk melindungi orang ramai daripada penipuan, WhatsApp mengesan dan menyekat lebih 6.8 juta akaun yang dikaitkan dengan pusat penipuan,” kata syarikat itu.

Menurut Meta,  akaun itu disekat sebelum kebanyakannya sempat digunakan, hasil siasatan yang mendalam dan usaha penguatkuasaan yang dipertingkatkan.

Pusat penipuan sering menjalankan pelbagai skim serentak, termasuk penipuan mata wang kripto dan skim piramid.

Tanda amaran biasa ialah permintaan bayaran pendahuluan sebagai pertukaran untuk pulangan atau pendapatan yang dijanjikan, katanya.

Platform itu juga melancarkan ciri ‘tinjauan keselamatan’ untuk aktiviti kumpulan bual, yang akan muncul apabila pengguna dimasukkan ke dalam kumpulan oleh seseorang yang bukan dalam senarai kenalan mereka.

Tinjauan itu memberikan maklumat tentang kumpulan dan tip keselamatan, membolehkan pengguna keluar serta-merta tanpa perlu melihat perbualan. Notifikasi kumpulan juga akan disenyapkan sehingga pengguna tidak sedar berada dalam kumpulan itu, menurut kenyataan itu.

WhatsApp turut menguji ciri amaran untuk kenalan tidak dikenali, yang akan memberi amaran kepada pengguna sebelum mereka memulakan perbualan dengan seseorang yang tiada dalam senarai kontak mereka. Ciri ini bertujuan memberikan konteks dan menggalakkan pengguna lebih berhati-hati.

Jelas Meta,  penipu sering menggunakan taktik seperti janji mendapat wang dengan mudah, pelaburan palsu atau ancaman mengenai bil tertunggak untuk memperdaya mangsa.

Meta menggesa pengguna agar sentiasa berwaspada apabila didekati oleh individu tidak dikenali dalam talian, terutamanya mereka yang meminta wang atau maklumat peribadi.– Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Empat maut dalam nahas pesawat perubatan di Arizona, AS
Next: NASA sahkan rancangan bina reaktor nuklear di Bulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.