Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk Kampung Baru Subis 2 disaran cari tapak sesuai untuk pembinaan surau
  • Utara
  • WILAYAH

Penduduk Kampung Baru Subis 2 disaran cari tapak sesuai untuk pembinaan surau

Utusan Sarawak 2 days ago
RASMI… Datuk Rosey Yunus menggunting ribon sebagai simbolik merasmikan majlis perasmian dan penyerahan Dewan Kampung Baru Subis 2, hari ini.

BEKENU: Penduduk Kampung Baru Subis 2 di sini disarankan agar mencari tapak tanah yang paling sesuai dan mempunyai status sah bagi tujuan pembinaan surau di kampung berkenaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus berkata, hanya dengan adanya tapak yang sah, permohonan bagi projek pembinaan surau dapat diproses dengan lancar.

“Proses permohonan projek perlu melalui Jabatan Tanah dan Survei untuk mengenal pasti status tanah, sebelum dirujuk kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi penilaian struktur pembinaan.

“Jangan buat permohonan jika belum ada tapak tanah yang sesuai kerana ia akan menyukarkan pelaksanaan apabila projek telah diluluskan kelak,” tegasnya.

ALBUM... Datuk Rosey Yunus merakamkan kenangan bersama penduduk Kampung Baru Subis 2 selepas selesai majlis perasmian dan penyerahan Dewan Kampung Baru Subis 2, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata demikian semasa merasmikan majlis perasmian dan penyerahan Dewan Kampung Baru Subis 2, hari ini.

Dalam ucapannya, beliau turut mengucapkan tahniah kepada penduduk kampung kerana kini memiliki sebuah dewan serbaguna bernilai RM500,000.

DEWAN serbaguna bernilai RM500,000.

Menurut maklumat yang diterima Utusan Sarawak, projek pembinaan dewan tersebut dilaksanakan melalui Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Bekenu, yang bermula pada 19 Ogos 2024 dan siap sepenuhnya pada 18 April 2025.

Sementara itu, Ketua Kampung Baru Subis 2, Bakri Latif, menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak, Datuk Rosey Yunus serta semua agensi kerajaan yang terlibat dalam merealisasikan pembinaan dewan tersebut.

Katanya, Kampung Baru Subis 2 dihuni oleh seramai 194 penduduk, majoritinya terdiri daripada kaum Bugis, Kedayan, Kenya dan Kayan.

“Dengan adanya dewan serbaguna ini, penduduk kampung akan lebih mudah melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan,” ujarnya.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Temporary relocation of Bas.My Kuching stops at Jalan Power and Jalan Masjid welcomed by local traders
Next: Persimpangan Jalan Tun Jugah ke Jalan Stampin ditutup 6 bulan mulai 18 Ogos

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.