Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Wabak denggi meningkat di Bintulu, 61 kes dicatat setakat 5 Ogos
  • KESIHATAN

Wabak denggi meningkat di Bintulu, 61 kes dicatat setakat 5 Ogos

Utusan Sarawak 1 day ago

TINJAU… Dr. Melvin Chung bersama kakitangan kesihatan meninjau kawasan terjejas wabak denggi di Bintulu.

BINTULU: Wabak demam denggi di Bintulu menunjukkan peningkatan membimbangkan dengan 61 kes direkodkan setakat 5 Ogos, melibatkan tiga kawasan utama iaitu Kampung Baru, Kampung Sinong dan Pasar Lama Bintulu.

Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu, Dr. Melvin Chung berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding minggu sebelumnya dan memerlukan tindakan segera serta kerjasama semua pihak bagi membendung penularan lebih meluas.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 52 kes direkodkan di Kampung Baru yang merangkumi Kampung Baru Tengah, Kampung Baru Laut dan Kampung Baru Darat.

“Manakala tujuh kes dilaporkan di Kampung Sinong serta dua kes di Pasar Lama Bintulu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, peningkatan kes tersebut berpunca daripada kehadiran tempat pembiakan nyamuk Aedes yang masih banyak ditemui di persekitaran kawasan kediaman.

Sehubungan itu, beliau menggesa penduduk untuk mengambil langkah pencegahan dengan memastikan tiada bekas yang boleh menakung air dibiarkan di kawasan rumah seperti tin kosong, tayar lama, bekas plastik dan polisterin.

“Penduduk juga digalakkan untuk menukar air dan membersihkan bekas terbuka seperti pasu bunga, alas pasu, kolah air dan pelapik rak pinggan seminggu sekali selain menebas kawasan semak yang berpotensi menjadi tempat pembiakan Aedes,” ujarnya.

Beliau turut menasihati penduduk agar menggunakan semburan aerosol atau lingkaran nyamuk di dalam rumah terutama pada waktu awal pagi dan senja serta memakai pakaian berlengan panjang ketika berada di luar rumah.

Katanya, gotong-royong secara berkala turut digalakkan untuk memastikan kawasan kediaman sentiasa bersih dan selamat daripada jangkitan denggi.

“Penduduk juga diminta memberi kerjasama penuh kepada petugas kesihatan sekiranya terdapat aktiviti pemeriksaan rumah, semburan kabus (fogging), pengesanan kes aktif atau gotong-royong pembersihan yang dijalankan,” tambahnya.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan orang ramai yang mengalami simptom seperti demam panas, sakit kepala, sakit belakang biji mata, sakit sendi atau ruam supaya segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan bagi mengelakkan komplikasi serius.

“Kejayaan membanteras wabak denggi memerlukan komitmen semua pihak. 

“Lindungi diri, keluarga dan komuniti anda,” katanya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Allocation of RM100,000 to improve facilities and equipment at Sarawak General Hospital
Next: Wabak denggi cecah 65 kes di Bintulu, Kampung Baru paling terjejas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.