Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kempen internet selamat beri kesedaran risiko, ancaman dalam talian kepada murid
  • NASIONAL

Kempen internet selamat beri kesedaran risiko, ancaman dalam talian kepada murid

Utusan Sarawak 2 days ago

KEMPEN Internet Selamat (KIS) yang bertujuan untuk memberi kesedaran tentang risiko dan ancaman dalam talian terhadap kanak-kanak. Seramai 101 murid Sekolah Kebangsaan Lamdin menyertai kempen yang dianjurkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Kempen itu juga adalah sebagai inisiatif untuk meningkatkan kefahaman murid khususnya di bawah usia 13 tahun mengenai penggunaan internet secara umum dan pelbagai fungsi aplikasi internet. Kali ini KIS memfokuskan kepada komuniti Siam memandangkan sekolah dipilih majoriti pelajarnya terdiri daripada etnik Thai dan program sehari itu menggunakan modul Rancangan Sesi Pengajaran (RSP) Modul Murid Sekolah Rendah (tujuh hingga sembilan tahun) dan RSP Modul Murid Sekolah Rendah (10 hingga 12 tahun). Foto BERNAMA

KUALA NERANG:  Sebanyak 101 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Lamdin di sini, menyertai Kempen Internet Selamat yang bertujuan memberi kesedaran berkaitan risiko dan ancaman dalam talian terhadap kanak-kanak.

Kempen anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu juga adalah inisiatif untuk meningkatkan kefahaman murid khususnya berusia bawah 13 tahun mengenai penggunaan Internet secara umum dan pelbagai fungsi aplikasi Internet.

Kali ini kempen itu memfokuskan kepada komuniti Siam memandangkan sekolah dipilih majoriti pelajarnya terdiri daripada etnik Thai dan program berkenaan menggunakan modul Rancangan Sesi Pengajaran (RSP) Modul Murid Sekolah Rendah (tujuh hingga sembilan tahun) dan RSP Modul Murid Sekolah Rendah (10 hingga 12 tahun).

SERAMAI 101 murid Sekolah Kebangsaan Lamdin menyertai Kempen Internet Selamat (KIS) yang bertujuan untuk memberi kesedaran tentang risiko dan ancaman dalam talian terhadap kanak-kanak. Kempen anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu juga adalah sebagai inisiatif untuk meningkatkan kefahaman murid khususnya di bawah usia 13 tahun mengenai penggunaan internet secara umum dan pelbagai fungsi aplikasi internet. Kali ini KIS memfokuskan kepada komuniti Siam memandangkan sekolah dipilih majoriti pelajarnya terdiri daripada etnik Thai dan program sehari itu menggunakan modul Rancangan Sesi Pengajaran (RSP) Modul Murid Sekolah Rendah (tujuh hingga sembilan tahun) dan RSP Modul Murid Sekolah Rendah (10 hingga 12 tahun). Foto BERNAMA

Penolong Kanan Pentadbiran SK Lamdin Amran Salleh berkata program terbabit mampu meningkatkan kesedaran murid mengenai penggunaan Internet yang selamat dan bertanggungjawab, khususnya bagi mereka berusia bawah 13 tahun yang keupayaan mentalnya masih belum cukup bersedia.

Sebanyak 10 fasilitator dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kluster Padang Terap ditugaskan melaksanakan aktiviti-aktiviti modul ini,” katanya pada majlis penutup kempen itu yang turut dihadiri Timbalan Pengarah MCMC Kedah Sharliza Saary.

KANAK-KANAK diberikan kertas aktiviti sempena Kempen Internet Selamat (KIS) yang bertujuan untuk memberi kesedaran tentang risiko dan ancaman dalam talian terhadap kanak-kanak. Seramai 101 murid Sekolah Kebangsaan Lamdin menyertai kempen yang dianjurkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Kempen itu juga adalah sebagai inisiatif untuk meningkatkan kefahaman murid khususnya di bawah usia 13 tahun mengenai penggunaan internet secara umum dan pelbagai fungsi aplikasi internet. Kali ini KIS memfokuskan kepada komuniti Siam memandangkan sekolah dipilih majoriti pelajarnya terdiri daripada etnik Thai dan program sehari itu menggunakan modul Rancangan Sesi Pengajaran (RSP) Modul Murid Sekolah Rendah (tujuh hingga sembilan tahun) dan RSP Modul Murid Sekolah Rendah (10 hingga 12 tahun). Foto BERNAMA

Amran berkata kempen itu juga memberi kesedaran tentang bahaya penggunaan Internet secara tidak terkawal dan menggalakkan aktiviti alternatif lebih positif.

“Program ini berjaya mencapai objektifnya dengan meningkatkan pemahaman murid mengenai literasi digital, had umur media sosial, risiko buli siber serta langkah keselamatan dalam penggunaan Internet,” katanya.

Difahamkan sebelum pelaksanaan modul menerusi kempen itu, sebanyak 78 murid sekolah berkenaan didapati mempunyai akaun media sosial, namun selepas diberi pendedahan dan penerangan, hampir kesemua murid bersetuju untuk tidak menggunakan media sosial hingga usia mencapai 13 tahun.

Pada akhir program itu, Norhazifah Mohd Noor diangkat sebagai Ikon K-DAT KIS Kategori Guru, manakala Plai Foon Mongkon dipilih selaku Ikon K-DAT KIS Kategori Pelajar.– Bernama

Continue Reading

Previous: Semak semula isu bagasi penerbangan – Ahmad Johnie
Next: Rundingan konflik Thailand-Kemboja hutang kerajaan MADANI antara fokus Dewan Rakyat hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.