Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Semak semula isu bagasi penerbangan – Ahmad Johnie
  • NASIONAL

Semak semula isu bagasi penerbangan – Ahmad Johnie

Utusan Sarawak 6 hours ago
AHMAD Johnie Zawawi.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MoT) melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dicadang supaya menyemak semula dasar berkaitan isu bagasi agar penumpang mendapat pembelaan dan keadilan sewajarnya.

Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, faktor kemanusiaan juga harus diambil kira bukan sahaja tentang keuntungan semata-mata.

Syarikat penerbangan di negara ini mungkin boleh memperkenalkan penggunaan kad prabayar bagasi bagi pembelian berat bagasi.

Ia sebagai suatu langkah inovatif dan inisiatif baharu untuk mengurangkan beban kos pengguna dan meningkatkan kecekapan pengurusan bagasi, katanya semasa membahas mengenai Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau yang mencadangkan demikian berkata, dengan adanya sistem kad prabayar bagasi, penumpang boleh membeli berat bagasi lebih awal mengikut kadar yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan.

Kad ini boleh dalam bentuk kad NFC (Near Field Communication) iaitu teknologi yang membolehkan pengguna menambah nilai kad pada bila-bila masa atau dalam bentuk digital iaitu melalui aplikasi syarikat penerbangan, katanya.

Menurut Ahmad Johnie yang menyokong RMK-13, fungsi kad ini untuk menambah nilai khusus bagi pembelian bagasi daftar.

Kad prabayar ini, katanya, harus mempunyai ciri-ciri yang istimewa seperti boleh digunakan merentas penerbangan syarikat yang sama sama ada destinasi domestik atau antarabangsa.

Dengan kad prabayar itu, penumpang boleh kongsi baki kad dengan ahli keluarga dalam satu tempahan dan syarikat penerbangan boleh memberi berbagai insentif istimewa kepada pelanggan yang membeli nilai ‘top-up’, tegas beliau.

 Beliau menambah, harga berat bagasi yang ditawarkan di dalam talian semasa tempahan tiket sekarang adalah sangat mahal.

Ahmad Johnie berkata, isu tersebut harus diberi perhatian oleh MoT melalui MAVCOM untuk menjaga hak dan memberi keadilan kepada pelanggan.

“Penumpang yang telah membayar ratusan ringgit untuk bagasi daftar masuk merasa rugi apabila tidak dapat menggunakan hak tersebut jika berlaku perubahan penerbangan dan sebagainya, katanya.

Dalam era perjalanan moden sekarang ini, katanya, ramai penumpang terpaksa menukar jadual atas sebab kesihatan, kerja, kecemasan, keluarga dan lain-lain.

“Dasar yang kaku dan tidak fleksibel tidak lagi relevan dengan realiti semasa. Pelanggan mahukan sistem yang lebih adil jika mereka tidak menggunakan sesuatu perkhidmatan di mana mereka sepatutnya boleh menebusnya semula dalam bentuk kredit atau pemindahan,” katanya.

Ahmad Johnie yang mengalu-alukan peruntukan RM67 bilion untuk sektor pendidikan dalam RMK-13, berharap sebahagian besar peruntukan berkenaan sampai ke luar bandar.

Katanya, peruntukan itu untuk membina makmal sains, memperluaskan program STEM, membina semula sekolah daif dan menambahbaik ekosistem pendidikan di Sarawak.

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: ASEAN akan tandatangani MOU bagi Grid Tenaga ASEAN Oktober ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.