Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • ASEAN akan tandatangani MOU bagi Grid Tenaga ASEAN Oktober ini
  • NASIONAL

ASEAN akan tandatangani MOU bagi Grid Tenaga ASEAN Oktober ini

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Seri Fadillah Yusof ketika sidang media selepas majis pelancaran awal Forum Perniagaan Tenaga ASEAN (AEBF) 2025 di sini, hari ini. Foto Facebook Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR: Negara anggota ASEAN akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi melaksanakan Grid Tenaga ASEAN semasa Mesyuarat Tenaga blok ini pada Oktober ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata MoU itu akan menumpukan pelan hala tuju Grid Tenaga ASEAN, penyeragaman standard dan peraturan serta model perniagaan yang melibatkan transaksi pertukaran tenaga antara negara anggota ASEAN.

“Ini perkara-perkara yang akan dijelaskan dalam MoU itu dengan setiap negara akan mengambil tindakan untuk merealisasikannya (APG),” katanya kepada pemberita selepas majis pelancaran awal Forum Perniagaan Tenaga ASEAN (AEBF) 2025 di sini, hari ini.

Hadir sama di majlis itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Mad Zaidi Mohd Karli dan Pengarah Eksekutif Pusat Tenaga ASEAN Datuk Razib Dawood.

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: 1,980 permohonan kewarganegaraan kanak-kanak lahir luar negara diluluskan
Next: Semak semula isu bagasi penerbangan – Ahmad Johnie

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.