Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Sunway Lagoon lancar gelongsor air hibrid pertama Malaysia
  • HIBURAN

Sunway Lagoon lancar gelongsor air hibrid pertama Malaysia

Utusan Sarawak 5 hours ago
SUNWAY Lagoon telah memperluas rangkaian tarikan ikoniknya dengan pelancaran Wild Chase Water Coaster, iaitu gelongsor air hibrid pertama di Malaysia.

KUALA LUMPUR: Sunway Lagoon telah memperluas rangkaian tarikan ikoniknya dengan pelancaran Wild Chase Water Coaster, iaitu gelongsor air hibrid pertama di Malaysia yang menggabungkan keterujaan menaiki roller coaster dengan keseronokan gelongsor air yang menyegarkan.

Sunway Theme Parks dalam satu kenyataan memaklumkan pelaburan RM30 juta bagi tarikan baharu itu, membuktikan komitmen Sunway Lagoon untuk menawarkan pengalaman bertaraf dunia yang menggabungkan inovasi, hiburan dan keselamatan.

Menurut kenyataan itu Wild Chase Water Coaster menjanjikan pengembaraan mesra keluarga dengan para pengunjung akan meluncur sejauh lebih 280 meter melalui laluan berliku, selekoh tajam, jatuhan mengejut dan pancutan air yang mengujakan, kesemuanya berlatarbelakangkan persekitaran tropika yang menghijau.

“Permainan ini kini dibuka setiap hari dari 10.00 pagi hingga 6.00 petang dan ditutup setiap hari Selasa, kecuali semasa cuti sekolah dan cuti umum di Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Pelancaran Wild Chase Water Coaster itu baru-baru ini telah disempurnakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bagi Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Pembangunan Kampung Baru Datuk Ng Suee Lim bersama Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Chua Yee Ling dan Penolong Pengarah Kanan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Mohd Nizam Teh Kamaruddin. 

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Sunway Theme Parks Calvin Ho berkata Sunway Lagoon komited untuk terus meningkatkan pengalaman pengunjung menerusi inovasi dan tarikan bertaraf dunia.

“Wild Chase Water Coaster menjadi bukti kepada visi ini, menawarkan keseronokan seperti menaiki roller coaster bersama elemen percikan air yang boleh dinikmati seisi keluarga,” katanya.

Sementara itu, Ng telah menekankan kepentingan keselamatan permainan dan pematuhan kepada peraturan, serta memuji kerjasama proaktif Sunway Lagoon dengan pihak berkuasa keselamatan dan kesihatan berkaitan, bagi memastikan Wild Chase Water Coaster patuh kepada piawaian keselamatan yang ketat.

“Tarikan seperti ini, bukan sahaja akan merancakkan pelancongan antarabangsa, malah menetapkan satu penanda aras baharu untuk hiburan mesra keluarga yang selamat di Malaysia,” katanya.

Dengan penambahan tarikan terbaharu ini, Sunway Lagoon terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi taman tema pelbagai yang terbaik di Malaysia, menawarkan pengunjung dengan pelbagai pengalaman mendebarkan, interaksi dengan haiwan liar dan pengembaraan berasaskan air bertaraf antarabangsa, kesemuanya dalam satu lokasi.

“Dengan tiket Sunway Lagoon Day Park, pengunjung dapat akses awal eksklusif ke Sunway Lagoon Night Park bermula dari 2.00 petang. Ini memberikan keseronokan berterusan selama 13 jam, merangkumi tujuh pengalaman unik dari pagi hingga malam,” menurut kenyataan itu.

Tiket boleh dibeli melalui laman web rasmi Sunway Lagoon atau Sunway Super, manakala kemas kini terkini mengenai inisiatif akan datang, kolaborasi eksklusif dan pengalaman imersif boleh didapati di laman web atau dengan mengikuti Sunway Lagoon Studios di Facebook, Instagram, YouTube dan RedNote.

-Bernama  

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Viviana Lin akan bawa misi keamanan, serlah budaya Iban ke Bangkok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.