Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM2.1 juta disalurkan kepada 1,769 peserta DUN Kemena di bawah RMK-12
  • Utara
  • WILAYAH

RM2.1 juta disalurkan kepada 1,769 peserta DUN Kemena di bawah RMK-12

Utusan Sarawak 1 day ago
ALBUM… Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom rakam album bersama penerima Anugerah Usahawan Jaya kepada penggiat industri dalam empat kategori iaitu bagi kategori Tanaman Makanan dimenangi oleh Edwin Pandong, kategori Industri Asas Tani dimenangi oleh Mariana Murib, kategori Perikanan Darat dimenangi oleh Peter Bai, manakala kategori Usahawan Belia turut menerima pengiktirafan pada Majlis Agrofest Daerah Subis 2025 yang berlangsung di Dewan Masyarakat Batu Niah, di sini semalam.


BATU NIAH: Sejumlah RM2.1 juta telah disalurkan kepada 1,769 peserta dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena setakat pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom, berkata pembangunan sektor pertanian di kawasan berkenaan menunjukkan kemajuan positif, susulan kejayaan pelaksanaan program terdahulu di bawah RMK-11.

“Peruntukan ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan masyarakat luar bandar, khususnya di DUN Kemena, terus menikmati hasil dan kemajuan daripada sektor pertanian.

“Dengan pendekatan pertanian moden serta kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan pihak swasta, kita yakin golongan petani akan terus diperkasa dan mendapat manfaat jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada merasmikan majlis Agrofest Daerah Subis 2025 yang berlangsung di Dewan Masyarakat Batu Niah, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Dr. Stephen turut menegaskan bahawa pertanian kekal sebagai penyumbang keempat terbesar kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sarawak dengan nilai RM14.7 bilion dicatatkan antara 2020 hingga 2023.

Katanya, kerajaan kini sedang memperhebatkan pelbagai inisiatif bagi mencapai tahap sara diri beras 60 peratus menjelang 2030, termasuk pembangunan Agropark, SARTECH, dan Aquaculture Park, selain pemerkasaan petani menerusi model kerjasama awam-swasta-komuniti (PPCP).

Turut diserikan dalam majlis itu ialah sesi penyampaian Anugerah Usahawan Jaya kepada penggiat industri dalam empat kategori iaitu bagi kategori Tanaman Makanan dimenangi oleh Edwin Pandong, kategori Industri Asas Tani dimenangi oleh Mariana Murib, kategori Perikanan Darat dimenangi oleh Peter Bai, manakala kategori Usahawan Belia turut menerima pengiktirafan.

Setiap penerima membawa pulang RM500 dan sijil penghargaan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan mereka dalam memajukan sektor pertanian negeri.

Majlis turut menyaksikan penyerahan sijil pelantikan baharu dan lanjutan kepada tiga pemimpin masyarakat bagi kawasan N.69 Kemena iaitu Tuai Rumah Sigan Inal, Tuai Rumah Steve Lasan dan Tuai Rumah Languyan Ringia.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 4 lelaki terkandas akibat arus deras di Kerangan Buloh diselamatkan rakan sendiri
Next: Pertandingan Busana Kitar Semula Cilik curi tumpuan di Pesta Daro

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.