Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Perlumbaan Bot Berkuasa Tinggi tarik ribuan pengunjung ke Sarikei
  • SUKAN

Perlumbaan Bot Berkuasa Tinggi tarik ribuan pengunjung ke Sarikei

Utusan Sarawak 1 day ago
TEMU BUAL….Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh ditemui media di Terminal Penumpang 1, hari ini. 


SARIKEI: Kejohanan Perlumbaan Bot Berkuasa Tinggi Sarikei 2025 mencuri tumpuan ribuan pengunjung apabila tebingan Sungai Rajang sesak dipenuhi peminat sukan air yang hadir untuk menyaksikan aksi mendebarkan bot-bot laju membelah arus.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, berkata perlumbaan ini bukan sesuatu yang baharu di Sarikei kerana ia mula diadakan sejak era 1960-an dan dihidupkan semula sembilan tahun lalu.

“Kalau kita lihat dari segi sambutan masyarakat di Sarikei dan kawasan sekitarnya, ia amat luar biasa. Tebingan Sungai Rajang penuh sesak dengan kehadiran orang ramai yang begitu teruja menyaksikan perlumbaan ini,” katanya ketika merasmikan majlis penangguhan kejohanan itu di Terminal Penumpang 1, hari ini.

Datuk Len yang juga ADUN Kuala Rajang, menyifatkan sukan air seperti perlumbaan bot berkuasa tinggi sebagai acara berpotensi tinggi untuk terus dijadikan acara tahunan di Sarikei.

AKSI MENARIK….Antara aksi menarik perlumbaan bot berkuasa tinggi peringkat akhir hari ini. 

“Sungai Rajang sememangnya sesuai dijadikan lokasi tetap bagi sukan ini. Apa yang penting sekarang ialah usaha mempertingkatkan kemudahan sedia ada agar kejohanan ini boleh dijalankan dengan lebih selesa dan selamat,” tambahnya.

Beliau turut mencadangkan agar peruntukan khas dapat disalurkan melalui Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) bagi membangunkan infrastruktur kekal dan fasiliti sukan air yang bersesuaian demi jangka panjang.

Perlumbaan ini bukan sahaja menceriakan landskap Sarikei tetapi turut memberi impak positif terhadap sektor pelancongan dan ekonomi tempatan, sekali gus menjadikan Sungai Rajang sebagai pusat tumpuan sukan air di Sarawak.

Oleh Earl Anek

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: AQIB X Kampung Boy FC buka langkah kanan, tewaskan Fuhai FT 2-1
Next: Pelancaran jersi 2025/2026 KCFC disambut meriah bersama peminat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.