Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sungai Rajang pemacu perdagangan dan budaya Sarikei
  • TEMPATAN

Sungai Rajang pemacu perdagangan dan budaya Sarikei

Utusan Sarawak 1 day ago
RASMI….Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh melakukan pelepasan pelumba selaku tanda perasmian penangguhan Kejohanan Perlumbaan Bot Berkuasa Tinggi Sarikei 2025, bertempat di Terminal Penumpang 1, hari ini.

SARIKEI: Sungai Rajang bukan sekadar sebatang sungai yang mengalir dari hulu ke hilir, ia merupakan ‘urat nadi pembangunan’ daerah ini sejak sekian lama, kata Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh. 

Menurutnya, disinilah bermulanya hubungan antara komuniti, perdagangan, budaya dan alam semula jadi.

“Sungai Rajang inilah yang menyaksikan pergerakan bot nelayan, perahu penambang, pedagang hasil tani, dan kini menjadi gelanggang kepada acara sukan air bertaraf pesta seperti Kejohanan Perlumbaan Bot Berkuasa Tinggi Sarikei 2025 yang diraikan selama tiga hari sejak 1 Ogos lalu. 

“Dengan lebar alirannya yang strategik, arus yang stabil, serta persekitaran yang bersih dan selamat, Sungai Rajang menawarkan pentas semula jadi yang amat sesuai untuk penganjuran aktiviti sukan air berprestij.  

“Ia bukan sahaja menarik dari sudut teknikal dan keselamatan, malah memberikan pengalaman visual yang luar biasa kepada para penonton dan pelancong,” katanya. 

Len Talif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata demikian ketika berucap pada majlis penangguhan Kejohanan Perlumbaan Bot Berkuasa Tinggi Sarikei 2025, bertempat di Terminal Penumpang 1, hari ini. 

Katanya, dengan penjenamaan semula Pesta Nanas dan Buah-Buahan kepada Pesta Sarikei pada 2025 ini, ia bukan sahaja memperluas skop pesta ini, malah turut membawa semula sukan air seperti perlumbaan sukan air yang pernah menjadi kebanggaan daerah ini.

“Ini adalah simbol kebangkitan semangat baharu, di mana warisan lama digabungkan dengan elemen moden untuk menjadikan Pesta Sarikei sebuah acara yang lebih segar, lebih berdaya saing dan lebih menarik kepada semua lapisan masyarakat serta pelawat dari dalam dan luar negara.

“Sarikei kini melangkah ke hadapan dengan identiti baharu. Daripada dikenali sebagai Pesta Nanas dan Buah-buahan, kita kini muncul semula dengan jenama yang lebih inklusif, lebih dinamik dan lebih mencerminkan potensi sebenar daerah kita iaitu Pesta Sarikei 2025.  

“Penjenamaan semula ini bukan sekadar perubahan nama, tetapi mencerminkan transformasi menyeluruh terhadap pendekatan pembangunan pelancongan ekonomi, sukan dan komuniti kita,” katanya. 

Dalam pada itu, katanya, sukan perlumbaan bot berkuasa tinggi mewarnai perairan Sarikei merupakan acara yang dahulunya begitu dinanti-nantikan sejak diperkenalkan pada 2015, tetapi terhenti seketika atas beberapa kekangan dan keutamaan lain.  

“Alhamdulillah, selepas sembilan tahun dengan komitmen yang tinggi daripada pelbagai pihak, kita berjaya membawanya semula dan kali ini dalam skala yang lebih tersusun, lebih professional dan lebih meriah.

“Sukan ini begitu meriah di sini kerana Sarikei memiliki kelebihan semula jadi yang sukar ditandingi dengan sungai yang tenang, luas bersih dan selamat, ditambah dengan infrastruktur yang memudahkan penonton dan pelancong menyaksikan acara dari pelbagai sudut. 

“Selain itu, ia juga kerana sukan perlumbaan bot laju itu sendiri mencerminkan semangat anak Sarikei iaitu berani, pantas, strategik dan berdaya saing. Ia menggabungkan kecekapan teknikal, adrenalin, dan hiburan dalam satu pakej.

“Tapi yang lebih penting, acara seperti ini membuka ruang yang luas kepada peniaga kecil, penjaja makanan, pengusaha inap desa, belia tempatan serta penggiat ekonomi tempatan untuk turut mengambil manfaat secara langsung daripada limpahan ekonomi dan kunjungan pelancong,” katanya lagi. 

Beliau juga berharap sukan air ini akan dijadikan sebagai antara ikon pelancongan sukan Sarikei dan seterusnya memacu jenama Daerah Sarikei ke persada lebih tinggi.

Turut hadir ADUN Meluan, Rolland Duat Jubin, Residen Sarikei, Datu Michael Ronnie Langgong, Pegawai Daerah Sarikei, Louis Yeo Soon dan Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei, Superitendan Aswandy Anis.

Oleh Earl Anek 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: NIOSH–MRS meterai MOA jalin kerjasama tingkat kesedaran keselamatan jalan raya
Next: PKS disaran didaftar semula demi kebajikan kaum Kedayan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.