Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek gantian SMK Sri Sadong babitkan kos RM28.73 juta siap tahun ini – Nanta
  • Selatan
  • WILAYAH

Projek gantian SMK Sri Sadong babitkan kos RM28.73 juta siap tahun ini – Nanta

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Seri Alexander Nanta Linggi. Foto Bernama

SIMUNJAN: Projek pembinaan gantian kemudahan pendidikan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Sadong di sini melibatkan kos RM28.73 juta berjaya disiapkan tahun ini di bawah seliaan Pasukan Projek Khas 2 (PKK2) Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata projek yang bermula pada 17 Mac 2022 itu adalah satu daripada inisiatif Kerajaan MADANI dalam memperkukuh ekosistem pembelajaran negara terutamanya di kawasan luar bandar.

“Projek ini dilaksanakan secara perundingan konvensional oleh kontraktor Welfield Services Sdn Bhd dan melibatkan pelbagai komponen pembinaan termasuk satu blok akademik merangkumi 12 bilik darjah, bengkel elektrik dan elektronik, bengkel pembuatan serta makmal komputer, sains, kimia, biologi dan fizik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Turut dibina ialah bilik Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), satu blok kantin, lima unit rumah guru kelas F serta pelbagai kemudahan sokongan lain bagi melengkapkan prasarana sekolah berkenaan.

Nanta hadir bagi menyaksikan penyerahan rasmi projek tersebut kepada Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu majlis yang diadakan di sekolah berkenaan hari ini.

Beliau berkata kejayaan pelaksanaan projek ini membuktikan komitmen berterusan kerajaan untuk menyediakan infrastruktur pendidikan yang moden, berkualiti dan kondusif bagi menyokong kecemerlangan pelajar serta menyeimbangkan kualiti pendidikan antara bandar dan luar bandar.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan atas kepercayaan serta kerjasama yang diberikan kepada Kementerian Kerja Raya dan JKR, khususnya dalam aspek penyeliaan tapak hingga projek ini dapat disiapkan dengan jayanya,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut meminta JKR agar terus memantau serta bekerjasama rapat dengan pihak kontraktor dalam menyelesaikan sebarang aduan kecacatan sepanjang tempoh tanggungan liabiliti kecacatan (DLP) mengikut peraturan ditetapkan.

-Bernama

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bacaan IPU di Kuching kekal baik, tiada ancaman jerebu setakat ini
Next: UCA Sibu disaran tubuh unit data perkukuh advokasi masyarakat Cina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.