Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dato Wee Hong Seng terima gelaran Duta Gastronomi Global Quanzhou
  • TEMPATAN

Dato Wee Hong Seng terima gelaran Duta Gastronomi Global Quanzhou

Utusan Sarawak 16 hours ago
UCAPAN… Dato Wee Hong Seng berucap pada majlis perasmian Festival Kuching 2025 malam tadi.

KUCHING: Kongres Rakyat Perbandaran Quanzhou dari Wilayah Fujian, China telah menganugerahkan Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng dengan gelaran Duta Promosi Gastronomi Global Quanzhou sebagai pengiktirafan atas sumbangan beliau dalam memartabatkan warisan kulinari serantau ke peringkat antarabangsa.

Anugerah itu diumumkan sempena majlis perasmian Festival Kuching 2025 yang berlangsung semalam di Teater Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), menandakan pembukaan rasmi edisi ke-39 Festival Kuching sejak diperkenalkan pada 1986.

Festival tahun ini menampilkan elemen baharu dikenali sebagai Sudut Gastronomi, yang menekankan kekuatan bandar raya Kuching sebagai ahli Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO dalam bidang gastronomi.

“Makanan ialah bahasa universal yang menyatukan semua. Kita berasa amat bertuah kerana rakan-rakan kita dari Zhenjiang dan Quanzhou sudi berkongsi budaya mereka bersama warga Kuching,” kata Dato Wee Hong Seng ketika berucap pada majlis perasmian Festival Kuching 2025 semalam.

DATO Wee menerima anugerah gelaran Quanzhou Gastronomy Global Promotion Ambassador oleh Quanzhou Municipal People’s Congress dari Wilayah Fujian, China.

Menurut Dato Wee, kehadiran bandar sahabat itu telah menyemarakkan lagi hubungan diplomatik melalui perkongsian budaya kulinari.

Katanya, inisiatif ini bukan sahaja mempamerkan keunikan makanan tempatan, tetapi turut mengukuhkan hubungan diplomatik melalui penyertaan bandar sahabat seperti Zhenjiang dari Wilayah Jiangsu dan Quanzhou dari Wilayah Fujian, China.

“Gastronomy Corner juga memberi ruang kepada pemenang Pertandingan Cef Kuching untuk mempersembahkan ciptaan kulinari bertaraf kebangsaan dan antarabangsa. 

“Ia merupakan sebahagian daripada Pelan Tindakan Gastronomi MBKS yang memberi fokus kepada pembangunan bakat, inovasi dan memperkukuh kedudukan Kuching sebagai ibu kota gastronomi serantau,” katanya.

Beliau menambah, selama sebulan penganjuran, Festival Kuching akan menampilkan kepelbagaian makanan yang mencerminkan masyarakat majmuk Sarawak yang membolehkan pengunjung menikmati pelbagai sajian daripada etnik Cina, Melayu, India, Dayak dan juga hidangan gabungan moden tempatan yang semakin mendapat perhatian. 

Dalam pada itu, beliau turut menekankan peranan penting golongan muda dalam pembangunan bandar dan tahun ini, banyak gerai dikendalikan oleh belia dan usahawan muda, sebahagiannya di bawah inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak (CFCI).

“Inilah platform untuk anak-anak muda kita meneroka kepimpinan, kerja berpasukan dan inovasi dalam perniagaan. 

“Mereka bukan sekadar harapan masa depan, malah tenaga yang menggerakkan hari ini,” ujarnya lagi. 

Penyertaan ini bukan sahaja memberi peluang perniagaan, tetapi turut menyemai nilai kepimpinan, kerja berpasukan dan inovasi dalam kalangan belia tempatan.

Penganjuran Festival Kuching 2025 ini turut dijayakan dengan kerjasama daripada rakan strategik seperti Pepsi dan Magnum serta penyumbang lain termasuk Braco, KTS, Yayasan Amal 38, Sports Toto, Lalamove, Chagee dan Natural Avenue.

Oleh Adele Rissa 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pembakaran terbuka tanpa kebenaran boleh didenda hingga RM1 juta – JAS Sarawak
Next: Kuching diangkat sebagai bandar bertaraf global

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.