Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Mpox: Kenya perketat pengawasan, kes meningkat kepada 314 dengan 5 kematian
  • GLOBAL

Mpox: Kenya perketat pengawasan, kes meningkat kepada 314 dengan 5 kematian

Utusan Sarawak 16 hours ago

NAIROBI: Kementerian Kesihatan Kenya pada Jumaat memaklumkan bahawa sebanyak 314 kes cacar monyet atau mpox dengan lima kematian telah direkodkan di seluruh negara sejak wabak itu bermula pada Julai 2024, lapor Xinhua.

Setiausaha Kabinet Kesihatan Aden Duale dalam satu kenyataan berkata sebanyak 33 kes sedang dirawat di pelbagai kemudahan kesihatan manakala 54 kes menjalani pengasingan dan rawatan di rumah.

Duale berkata kes itu dilaporkan di 22 daripada 47 daerah, dengan bandar pesisir pantai Mombasa mencatat jumlah pesakit tertinggi iaitu 146 kes, diikuti Daerah Busia di barat Kenya yang bersempadan dengan Uganda, dengan 63 kes.

“Dalam tempoh 24 jam lepas, empat kes baharu mpox telah disahkan di Daerah Mombasa (3 kes) dan Daerah Nairobi (1 kes),” katanya.

Menurut beliau, sebanyak 222 pesakit telah pulih sepenuhnya, manakala lima orang meninggal dunia akibat penyakit itu, dengan kadar kematian kes kini pada kadar 1.6 peratus.

Sebagai langkah membendung penularan wabak, kementerian dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan rakan strategik telah mempergiatkan usaha pengawasan.

Duale berkata pasukan respons pantas pelbagai disiplin telah dikerahkan ke seluruh negara bagi memperkukuh kapasiti kesihatan, menjalankan pengesanan kes secara aktif, mengesan dan memantau kontak, serta menguruskan kes yang disahkan.

“Lebih 4.7 juta pengembara telah disaring di lapangan terbang dan pintu masuk lain, dan kes yang disyaki dikenal pasti untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kementerian turut menggesa orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penularan mpox, termasuk mengelak daripada bersentuhan dengan individu yang dijangkiti, menggunakan peralatan perlindungan diri serta tidak berkongsi selimut dan pakaian dengan individu dijangkiti.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak mempercayai sebarang maklumat palsu atau mengelirukan yang boleh menjejaskan usaha kesihatan awam atau menyebabkan ketakutan dan kekeliruan yang tidak perlu,” kata Duale.– Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: 4 maut dalam insiden tembakan di Montana, AS
Next: Nahas Autopilot: Tesla diarah bayar RM1 bilion

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.