Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Thinaah anggap ranking kedua dunia hanya sekadar angka
  • SUKAN

Thinaah anggap ranking kedua dunia hanya sekadar angka

Utusan Sarawak 1 day ago
PEMAIN beregu wanita utama negara M. Thinaah.

KUALA LUMPUR:  Pemain beregu wanita negara M. Thinaah menganggap kedudukan selaku pasangan nombor dua dunia bersama Pearly Tan bukan jaminan kejayaan, sebaliknya mengutamakan konsistensi dan semangat berpasukan dalam setiap perlawanan.

Menurut pemain berusia 27 tahun itu, keutamaan mereka ketika ini adalah untuk terus menampilkan prestasi terbaik di gelanggang serta mencapai keputusan positif dalam setiap kejohanan yang disertai.

“Bagi kami, ranking itu hanyalah angka. Sama ada nombor dua, tiga atau satu sekalipun, ia tidak memberi makna jika prestasi tidak konsisten. Fokus utama kami adalah memperbaiki permainan dan saling memberi sokongan dalam setiap perlawanan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara di sini, hari ini.

Mengulas persiapan menjelang Kejohanan Dunia yang bakal berlangsung di Paris dari 25 Ogos hingga 1 September depan, Thinaah menyatakan mereka berada dalam keadaan bersedia dan bersemangat untuk kembali beraksi.

“Kami sangat teruja dapat kembali menjalani latihan bersama. Kejohanan Dunia adalah antara kejohanan besar yang kami nantikan, dan kami akan memberi tumpuan sepenuhnya dalam membuat persiapan rapi menjelang kejohanan itu,” katanya.

Terdahulu, pasangan Pearly-Thinaah mencipta sejarah tersendiri apabila menghuni tangga kedua dunia selepas kemas kini ranking terkini dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), naik satu anak tangga berbanding tempat ketiga sebelum ini.

Musim ini menyaksikan mereka mengekalkan rentak konsisten dengan memenangi gelaran Terbuka Thailand, muncul naib juara Terbuka Indonesia, mara ke separuh akhir Masters Malaysia serta layak ke suku akhir Terbuka Singapura.

Paling terkini, pasangan negara itu menamatkan saingan sebagai naib juara Terbuka Jepun 2025 bulan lalu  selepas tunduk kepada gandingan nombor satu dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning di pentas final.– Bernama

Continue Reading

Previous: 72 pasukan berentap di Kejohanan Perlumbaan Bot Laju Sarikei 2025
Next: Terbuka Macau 2025: aksi sesama sendiri, beregu lelaki negara sahkan tempat di final

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.