KUCHING: Pengoperasian Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di bahagian Kuching, Samarahan dan Serian ditangguhkan sementara waktu sehingga zon ini bertukar kepada Zon Hijau, kata Dato Sri Fatimah Abdullah.
Menteri Kesejahteraan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita itu mengumumkan hanya PPDK di zon Hijau sahaja dibenarkan beroperasi mulai 25 Ogos.
Menyentuh perkara penting semasa operasi PPDK, Fatimah mengehadkan individu termasuk jawatankuasa, penyelia dan petugas yang bergejala seperti demam (suhu badan melebihi 37.5°C), selesema, batuk, sakit tekak, dan kesukaran bernafas tidak dibenarkan masuk ke dalam PPDK kelak.
Turut ditekankan Fatimah PPDK digalakkan untuk mendaftar aplikasi MySejahtera (http://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin) bagi mendapatkan kod QR MySejahtera Check-In dan mempamerkan kod QR tersebut di pintu masuk PPDK.
“Setiap individu yang masuk ke premis PPDK digalakkan menggunakan aplikasi MySejahtera bagi tujuan merekod kehadiran setiap hari,
“Mereka perlu memuat turun aplikasi MySejahtera, mengimbas kod QR MySejahtera Check-In yang dipamerkan di pintu masuk, sebelum masuk ke premis,” katanya pada sidang media mengenai garis panduan pencengahan dan kawalan jangkitan Covid-19 di Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PPDK) Sarawak di Wisma Kebajikan di sini semalam.
Selain itu, Fatimah meminta saringan gejala kepada penyelia, petugas dan pelatih PPDK hendaklah dilakukan di pintu masuk utama setiap hari sebelum masuk ke premis gunakan “termometer tanpa kontak” seperti alat pengimbas suhu digital dan termometer infrared.
“Pelawat adalah tidak dibenarkan semasa operasi sehingga keadaan pulih sepenuhnya melainkan atas sebab kecemasan,” tegasnya sambil meminta bilangan pelatih dan penyelia atau petugas yang tidak sihat dicatatkan setiap hari untuk memantau status kesihatan pelatih dan penyelia dan petugas di PPDK.
Sekiranya didapati bilangan kes meningkat atau lebih daripada biasa, Fatimah mahu PPDK membuat laporan kepada Pejabat Kesihatan Daerah untuk penyiasatan.
Mengulas mengenai SOP untuk PPDK, Fatimah menambah jumlah maksimum pelatih yang akan dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti adalah 179 orang, bergantung pada ukuran ruang.
“Bilangan minimum pelatih yang dapat mengikuti aktiviti adalah 10 orang,” jelasnya.