Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Cuaca panas melanda, Sarawak pertimbang pembenihan awan
  • TEMPATAN

Cuaca panas melanda, Sarawak pertimbang pembenihan awan

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas mempengerusikan Mesyuarat JPBN Sarawak di Wisma Bapa Malaysia semalam. Foto DUN Bukit Saban

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak sedang mempertimbangkan pelaksanaan pembenihan awan sebagai langkah proaktif mengurangkan kesan cuaca panas dan kering yang semakin meruncing di beberapa kawasan di negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pembenihan awan bukanlah suatu langkah yang boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya, kerana ia bergantung sepenuhnya kepada kehadiran awan yang cukup kelembapan untuk menghasilkan hujan.

“Kami meneliti semua kemungkinan bagi mengurangkan impak keadaan ini. Namun, pembenihan awan bukan proses mudah kerana ia memerlukan kelembapan awan. 

“Tanpanya, hanya garam yang dilepaskan ke udara kering tanpa menghasilkan hujan,” jelas beliau selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak di Wisma Bapa Malaysia semalam.

Beliau menegaskan bahawa keberkesanan pembenihan awan tidak bergantung kepada suhu atau jangka masa cuaca panas semata-mata, tetapi perlu disokong oleh formasi awan yang sesuai.

“Jika tiada awan seperti hari ini, pembenihan awan tidak dapat dijalankan,” katanya.

Dalam masa yang sama, beberapa kawasan dikenal pasti mengalami kebakaran tanah gambut, termasuk di Kuala Baram, Mukah, Marudi dan Kota Samarahan. Kebakaran di Mukah yang melibatkan kawasan seluas 56 hektar dilaporkan sedikit reda susulan hujan lebat yang berlaku pada awal pagi tadi.

Bagi memperkukuh pemantauan awal dan tindak balas kecemasan, Uggah memaklumkan bahawa Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) telah diarahkan untuk menggunakan dron bagi mengesan titik panas secara lebih berkesan. 

Arahan juga telah dikeluarkan kepada jawatankuasa tempatan di Kuala Baram untuk menyelenggara kemudahan penting seperti telaga tiub dan menara air bagi tujuan pencegahan kebakaran.

Kerajaan negeri turut mengambil langkah tegas dengan menguatkuasakan larangan menyeluruh terhadap sebarang pembakaran terbuka, termasuk di kawasan ladang dan pertanian.

“Sebelum ini, NREB mengeluarkan permit untuk pembakaran terkawal, namun semua permit telah dibatalkan dua minggu lalu. 

“Kini, sebarang pembakaran terbuka adalah dilarang sama sekali,” tegas Uggah sambil menggesa orang ramai agar melaporkan sebarang tanda kebakaran atau titik panas kepada pihak berkuasa dengan segera.

“Setakat ini, Sarawak telah merekodkan sebanyak 220 titik panas, manakala Mukah merupakan satu-satunya kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat iaitu 160. Kawasan-kawasan lain masih kekal dalam kategori tahap baik.”

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Warisan Nigeria dalam satu suapan, fufu kini trending di Kuching
Next: US tariff cut a boost for exporters, says Eric Tay

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.