Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Terkini: Gempa bumi kuat di Russia cetus tsunami di Pasifik
  • GLOBAL

Terkini: Gempa bumi kuat di Russia cetus tsunami di Pasifik

Utusan Sarawak 2 days ago

TOKYO: Satu gempa bumi terkuat yang pernah direkodkan telah melanda kawasan timur jauh Russia yang jarang didiami awal pagi tadi, mencetuskan gelombang tsunami setinggi sehingga empat meter merentasi Lautan Pasifik.

Ia menyebabkan pemindahan penduduk dari Hawaii hingga ke Jepun.

Gempa 8.8 magnitud itu berlaku pada jam 8.24 pagi waktu tempatan (2304 GMT Selasa) di luar pesisir Petropavlovsk di semenanjung terpencil Kamchatka, dan merupakan antara 10 gempa paling kuat yang pernah direkodkan, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pihak berkuasa Russia mengesahkan tsunami telah melanda dan membanjiri bandar pelabuhan Severo-Kurilsk, manakala media tempatan melaporkan ombak setinggi antara tiga hingga empat meter telah direkodkan di daerah Elizovsky, Kamchatka.

Satu video yang dimuat naik di media sosial Russia menunjukkan bangunan-bangunan di sebuah bandar ditenggelami air laut. 

Pihak berkuasa berkata, kira-kira 2,000 penduduk telah dipindahkan.

Menurut media kerajaan, beberapa orang mengalami kecederaan di Russia akibat gempa, namun tiada yang parah.

“Dinding-dinding bergoyang,” kata seorang penduduk Elizovsky kepada media kerajaan Zvezda.

“Nasib baik kami sudah siap satu beg, ada air dan pakaian berhampiran pintu. Kami cepat-cepat capai beg itu dan lari keluar…ia memang menakutkan,” katanya.

Pegawai dari negara-negara berpantai Pasifik di benua Amerika Utara dan Selatan — termasuk Amerika Syarikat, Mexico dan Ecuador — telah mengeluarkan amaran supaya orang ramai menjauhi kawasan pantai yang terjejas.

Di Jepun, penduduk berpindah menggunakan kereta atau berjalan kaki ke kawasan tanah tinggi, termasuk di Hokkaido, di mana gelombang pertama setinggi 30 sentimeter telah dikesan.

Setakat tengah hari waktu tempatan (0300 GMT), tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan di Jepun.

Di Hawaii, Datuk Bandar Honolulu, Rick Blangiardi menyeru penduduk dan pelancong supaya berpindah ke tingkat atas bangunan atau kawasan tanah tinggi.

“Orang ramai tidak sepatutnya, dan saya ulang sekali lagi, tidak sepatutnya, seperti yang pernah berlaku dahulu, berada di kawasan pantai atau mempertaruhkan nyawa hanya untuk melihat gelombang tsunami,” kata Gabenor Josh Green.

.”Ia bukan ombak biasa. Ia boleh membunuh anda jika terkena gelombang tsunami itu,” katanya.

Gempa bumi hari ini itu merupakan yang paling kuat sejak 1952 di wilayah Kamchatka, menurut perkhidmatan pemantauan seismik wilayah berkenaan, yang turut memberi amaran bahawa gempa susulan boleh mencapai 7.5 magnitud.

Pusat gempa berkenaan hampir sama dengan gempa besar 9.0 magnitud pada yang mencetuskan tsunami sehingga merosakkan di seluruh Pasifik, menurut USGS. – AFP

Continue Reading

Previous: Filipina keluar amaran tsunami selepas gempa bumi kuat landa Rusia
Next: Indonesia turut keluarkan amaran tsunami di 3 wilayah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.