Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Eksklusif: SFC terima 69 permohonan lesen buru buaya
  • SEMASA

Eksklusif: SFC terima 69 permohonan lesen buru buaya

Utusan Sarawak 2 days ago
DIPINDAHKAN… Sekitar operasi pemindahan buaya dalam sangkar perangkap SFC ke darat pada 20 Julai lalu. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) menerima 69 permohonan lesen untuk memburu buaya dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Pengurus Besar SFC, Abang Arabi Abang Aimran berkata ini termasuk 43 permohonan baharu dan 26 pembaharuan lesen sedia ada.

Isu itu timbul berikutan banyak pertanyaan warganet mengenai isu lesen buaya dan lokasi sebenar pemindahan buaya setelah perkara ini disiarkan laman web dan Facebook Utusan Sarawak pada 16 Julai lalu hasil temu ramah khas dengan Abang Arabi hingga mendapat sambutan hangat dalam kalangan netizen.

PENGURUS Besar SFC, Abang Arabi Abang Aimran.

Kelmarin, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata lima lokasi dikenal pasti untuk pusat perlindungan buaya bagi menangani isu konflik manusia-buaya yang semakin membimbangkan

Lokasi terbabit ialah Taman Negara Kuching Wetland; Pulau Seduku di Sri Aman; Taman Negara Rajang di Sibuti dan sama ada Lawas atau Limbang.

Namun, segala tindakan pemindahan dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, dengan keutamaan terhadap keselamatan awam dan pemeliharaan spesies berkenaan.

Berikut adalah temu ramah eksklusif sekali lagi wartawan Utusan Sarawak, EARL ANEK, bersama Abang Arabi Abang Aimran.

Soalan (S): Tuan, setakat ini, berapa ramai yang telah memohon lesen buaya selepas diuar-uarkan oleh Utusan Sarawak baru-baru ini.

Abang Arabi: Dari Januari sehingga Julai 2025, 69 permohonan lesen telah diterima. Ini termasuk 43 permohonan baharu dan 26 pembaharuan lesen yang sedia ada.

S: Daripada jumlah tersebut, berapa ramai yang telah lengkap menyerahkan dokumen seperti rekod jumlah tangkapan, gambar dan ukuran buaya.

Abang Arabi: Daripada 26 permohonan lesen (pembaharuan) telah lengkap dengan menyerahkan dokumen termasuk rekod jumlah tangkapan, gambar dan ukuran buaya.

S: Antara kawasan di Sarawak, adakah jumlah pemohonan berbeza dan kawasan mana paling tinggi mendapat memohon lesen.

Abang Arabi: Kawasan paling tinggi mendapat permohonan untuk 2025 adalah dari Bahagiab Miri iaitu sebanyak 33 permohonan (baharu dan pembaharuan).

S: Adakah terdapat pemohon baharu yang bukan merupakan pemburu lama. Jika ya, berapa peratus daripada jumlah keseluruhan.

Abang Arabi: Ya, 26 pemilik lesen telah memperbaharui lesen memburu dari keseluruhan 69 permohonan lesen setakat ini.

S: Apakah kriteria utama yang SFC akan gunakan untuk memilih pemohon sekiranya situasi permohonan melebihi kuota.

Abang Arabi: Kami akan meneliti dua situasi utama, iaitu permohonan baharu dan pembaharuan lesen yang sedia ada.

Untuk permohonan baharu, kami akan mengutamakan pendekatan ‘first come, first served’ bagi memastikan proses berjalan dengan adil dan teratur.

Bagi pembaharuan lesen pula, rekod tangkapan semasa akan diteliti. Jika tiada tangkapan dilakukan, kuota tersebut akan diberikan kepada pemohon yang memohon di lokasi yang sama dengan rekod tangkapan, selaras dengan kuota yang telah ditetapkan.

Selain itu, kami juga akan mencadangkan lokasi alternatif kepada pemohon sekiranya kuota di satu sungai telah mencapai had maksimum.

S: Bolehkah tuan kongsikan statistik perbandingan bilangan permohonan tahun ini, berbanding purata 70 lesen setahun sebelum ini?

Abang Arabi: Untuk 2025 sehingga Julai, 69 permohonan lesen telah diterima. Sebagai perbandingan, pada 2024, SFC menerima sebanyak 72 permohonan lesen memburu buaya.

S: Apakah tekanan atau isu timbul daripada jumlah permohonan ini, misalnya dari segi pengurusan, verifikasi atau kelulusan.

Abang Arabi: Jumlah permohonan yang tinggi memberi sedikit tekanan dari segi pengurusan. Kami perlu memastikan setiap permohonan disemak dengan teliti bagi memastikan maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap dan sahih.

Selain itu, kami juga menghadapi cabaran apabila terlalu banyak permohonan lokasi untuk memburu di satu kawasan, sehingga tiada lagi kuota yang tinggal untuk lokasi tersebut.

S: Adakah pihak tuan merancang sesi taklimat tambahan atau seminar untuk membantu pemohon baru memahami proses dan syarat permohonan.

Abang Arabi: Ya, kami merancang untuk mengadakan lebih banyak sesi taklimat bagi memberi penerangan kepada pemohon baru mengenai prosedur, terma dan syarat lesen, serta panduan untuk proses pembaharuan lesen.

Setakat ini, kami telah mengadakan sesi taklimat di dua bahagian, iaitu Kuching dan Miri, sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Malaysia dan Indonesia capai persetujuan penting dalam Rundingan Tahunan ke-13
Next: Gempa bumi kuat di Rusia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.