Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Toh Puan Fauziah terima taklimat ringkas Program Reading Seeds oleh Pustaka Negeri Sarawak
  • SEMASA

Toh Puan Fauziah terima taklimat ringkas Program Reading Seeds oleh Pustaka Negeri Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
TOH Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini telah mendengar sesi taklimat ringkas mengenai Program Reading Seeds yang disampaikan oleh wakil Pustaka Negeri Sarawak, Encik Edison Ricket di Kasuma Resort pada 11.30 pagi tadi. Foto: Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini telah mendengar sesi taklimat ringkas mengenai Program Reading Seeds yang disampaikan oleh wakil Pustaka Negeri Sarawak, Encik Edison Ricket di Kasuma Resort pada 11.30 pagi tadi.

Program Reading Seeds ini bertujuan memupuk tabiat membaca dalam kalangan kanak-kanak sejak peringkat awal, serta memperkukuh peranan ibu bapa dan penjaga dalam pembangunan literasi awal.

Toh Puan Fauzaih dalam sesi tersebut menekankan bahawa pendedahan awal kepada buku bukan sahaja mengasah pemikiran kanak-kanak, tetapi turut membentuk perkembangan emosi dan sosial yang lebih seimbang.

Menurut Toh Puan Fauziah, inisiatif ini juga diyakini mampu mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak, seterusnya menggalakkan pendidikan awal yang lebih menyeluruh.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Pustaka Negeri Sarawak atas usaha murni ini yang turut disokong oleh kerajaan Sarawak.

Pemberian Reading Seeds Kit secara percuma memberi peluang kepada lebih ramai keluarga untuk memiliki bahan bacaan berkualiti serta menggalakkan budaya membaca di rumah.

Tun Wan Junaidi turut berharap agar pelaksanaan program ini dapat memberi impak positif kepada anak-anak Sarawak dalam membentuk asas pendidikan yang kukuh demi masa depan yang lebih gemilang.

-Astana Negeri Sarawak

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima kunjungan Persatuan Pelajar Sarawak dari UK
Next: Nam Cheong cipta sejarah, lancar Kapal MPSV pertama buatan tempatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.