Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • IPU Jalan Lundu–Sematan kekal sederhana, tiada jerebu tebal dilaporkan
  • SEMASA

IPU Jalan Lundu–Sematan kekal sederhana, tiada jerebu tebal dilaporkan

Utusan Sarawak 1 day ago
PEMANTAUAN keadaan jerebu sekitar Jalan Lundu–Sematan setakat 2.00 petang.

LUNDU: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sekitar Jalan Lundu–Sematan, laluan utama yang menghubungkan daerah Lundu ke Sematan, kekal dalam kategori sederhana dengan bacaan IPU dianggar sekitar 95 hingga 96 setakat 12.00 tengah hari tadi.

Data rasmi daripada Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) mencatatkan bacaan IPU sederhana pada 8.00 pagi dan 12.00 tengah hari, dengan trend semasa kekal stabil tanpa sebarang peningkatan ketara.

Keadaan cuaca di kawasan Lundu–Sematan juga dilaporkan panas dan berangin, namun tidak berlaku sebarang jerebu tebal yang menjejaskan jarak penglihatan.

Orang awam, terutama yang mempunyai masalah pernafasan, disarankan untuk terus memantau perkembangan semasa dan mengelak sebarang aktiviti pembakaran terbuka.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Toh Puan Fauziah mengiringi Raja Permaisuri Agong berlepas pulang dari Lapangan Terbang Labuan
Next: Kualiti udara di ILP Miri merosot akibat jerebu, bacaan IPU 136

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.