Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Toh Puan Fauziah mengiringi Raja Permaisuri Agong berlepas pulang dari Lapangan Terbang Labuan
  • SEMASA

Toh Puan Fauziah mengiringi Raja Permaisuri Agong berlepas pulang dari Lapangan Terbang Labuan

Utusan Sarawak 1 day ago
TOH Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi mengucapkan selamat jalan kepada Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar di Lapangan Terbang Labuan pada pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

LABUAN: Pada pukul 11.30 pagi tadi, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi mengucapkan selamat jalan kepada Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar di Lapangan Terbang Labuan, menandakan berakhirnya lawatan mereka ke Labuan.

Turut hadir bersama Toh Puan Fauziah ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa serta beberapa tetamu kehormat yang lain.

TOH Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi mengucapkan selamat jalan kepada Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar di Lapangan Terbang Labuan pada pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Toh Puan Fauziah merafak sembah menjunjung kasih atas kesudian Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mencemar duli serta bersama beliau sepanjang penganjuran Borneo Floral Festival 2025 yang berlangsung di Labuan.

Toh Puan Fauziah mengucapkan terima kasih kepada Raja Permaisuri Agong atas kesudian hadir dan bersama-sama beliau sepanjang penganjuran Festival Flora Borneo 2025 yang diadakan di Labuan.

TOH Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi mengucapkan selamat jalan kepada Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar di Lapangan Terbang Labuan pada pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Dikesempatan ini, Toh Puan Fauziah turut mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah serta seluruh kerabat diraja Johor sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan berada dalam lindungan serta rahmat Allah SWT.

Selepas itu, Toh Puan Fauziah juga menamatkan lawatan di Labuan dan telah selamat tiba di Terminal Hornbill Skyways, Kuching tengah hari tadi.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: CENTEXS terajui program semikonduktor Sarawak
Next: IPU Jalan Lundu–Sematan kekal sederhana, tiada jerebu tebal dilaporkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.