Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Spaoh Agrofest 2025 perkasa pertanian luar bandar
  • TEMPATAN

Spaoh Agrofest 2025 perkasa pertanian luar bandar

Utusan Sarawak 23 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas merasmikan Spaoh Agrofest 2025 di Tebingan Spaoh, hari ini. Foto: M-Ficord

SPAOH: Pengukuhan sektor pertanian luar bandar terus diperkasakan melalui penganjuran Spaoh Agrofest 2025, yang menjadi platform penting dalam pembangunan ekonomi Betong dan Spaoh amnya.

Festival pertanian itu membuka peluang besar kepada petani tempatan untuk melibatkan diri dalam bidang pertanian moden yang lebih teratur, berdaya saing dan berasaskan teknologi, sejajar dengan komitmen kerajaan Sarawak terhadap pertanian pintar, mampan dan berimpak tinggi.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menegaskan bahawa kerajaan negeri komited menjadikan sektor pertanian sebagai pemacu utama pendapatan luar bandar.

“Spaoh Agrofest adalah langkah pertama yang penting. Kami mahu petani bukan sahaja menjadi pengeluar tetapi turut berubah menjadi usahawan agro moden yang menguasai teknologi, pemasaran dan pengurusan,” katanya ketika merasmikan festival berkenaan di Tebingan Spaoh, hari ini.

Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban berkata, kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan kementerian dan agensi berkaitan bagi memastikan program seumpama ini dapat meluaskan pengetahuan rakyat, khususnya belia, terhadap peluang dan teknologi baharu dalam bidang pertanian.

“Kita mahu menarik minat generasi muda untuk melihat pertanian sebagai bidang yang progresif dan menguntungkan, serta mampu menawarkan peluang pekerjaan yang stabil,” tambahnya.

TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas merasmikan Spaoh Agrofest 2025 di Tebingan Spaoh, hari ini. Foto: M-Ficord

Spaoh Agrofest 2025 memperkenalkan secara langsung pelbagai inovasi terkini seperti penggunaan dron, sistem fertigasi pintar, mesin penuaian automatik serta aplikasi digital dalam pengurusan ladang.

Dalam perkembangan berkaitan, Uggah turut memaklumkan bahawa projek perintis penanaman padi moden kini sedang dilaksanakan di Tanjung Sebekut lengkap dengan peralatan dan teknologi canggih bagi meningkatkan produktiviti dan hasil padi negara.

“Projek ini akan menjadi model pertanian teknologi tinggi berskala besar yang boleh diperluaskan ke kawasan lain,” jelasnya lagi.

TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas merasmikan Spaoh Agrofest 2025 di Tebingan Spaoh, hari ini. Foto: M-Ficord

Festival ini bukan hanya berfungsi sebagai platform mempamerkan produk dan teknologi pertanian malah sebagai ruang jaringan antara petani, pelabur, agensi kerajaan dan usahawan industri makanan.

Kerajaan negeri juga bercadang menjadikan penganjuran ini sebagai acara tahunan dan diperluaskan ke kawasan lain dalam usaha merealisasikan transformasi pertanian secara menyeluruh dan inklusif di Sarawak.

“Perancangan rapi dan penyertaan aktif rakyat akan membuatkan pertanian boleh menjadi sumber kekayaan baharu bagi masyarakat luar bandar. Spaoh Agrofest adalah buktinya,” tegas Uggah.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pesta Makan Tahun Kedayan 2025, dijangka tarik 10,000 pengunjung ke Limbang
Next: Kekeliruan, kelewatan urus harta pusaka antara punca pertelingkahan waris

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.