Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warisan Bung Jagoi diangkat, identiti Bidayuh diperkasa
  • Selatan
  • WILAYAH

Warisan Bung Jagoi diangkat, identiti Bidayuh diperkasa

Utusan Sarawak 1 day ago
UCAPAN… Ketua Pegawai Eksekutif GKCDA, Datu Ik Pahon Joyik ketika menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Bung Jagoi di Bung Jagoi, Bau, hari ini.

BAU: Bung Jagoi bukan sekadar tapak sejarah masyarakat Jagoi Bidayuh, tetapi juga lambang identiti yang harus dipelihara dan dibangunkan secara lestari agar warisan tidak luput ditelan zaman.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Penyelaras Pembangunan Greater Kuching (GKCDA), Datuk Ik Pahon Joyik menegaskan bahawa pembangunan kawasan Bung Jagoi dalam tempoh dua tahun akan datang akan dilaksanakan tanpa menjejaskan kelestarian alam sekitar serta nilai warisan budaya Bidayuh.

“Kita akan melihat wajah baharu Bung Jagoi menjelang 2027, termasuk pembinaan bangunan khas lengkap dengan bekalan elektrik untuk kemudahan pengunjung.

“Namun, pembangunannya dilakukan secara sensitif terhadap alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap mewakili Jawatankuasa Pembangunan Kawasan Jagoi (JADC) dalam sambutan Hari Bung Jagoi yang dirasmikan Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap ADUN Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep di Bung Jagoi, Kampung Duyoh, hari ini.

BUNG JAGOI… Tapak warisan Bung Jagoi di Kampung Duyoh, Bau, bakal melalui fasa pembangunan baharu dalam tempoh dua tahun tanpa menjejaskan kelestarian alam sekitar.

“Hari Bung Jagoi yang diraikan setiap Julai merupakan inisiatif untuk menghidupkan kembali sejarah penempatan asal masyarakat Bidayuh di kawasan Bung Jagoi.

“Generasi muda perlu tahu asal-usul mereka kerana tanpa mengetahui sejarah, kita tidak ada identiti.

“Identiti Bidayuh terletak pada bahasa unik kita, yang hanya dituturkan oleh Bidayuh sendiri, dan juga pakaian tradisional yang harus dibanggakan,” ujarnya.

Beliau turut menyatakan bahawa aktiviti seperti larian pelajar, pertandingan lukisan dan aktiviti kebudayaan dianjurkan bagi memupuk minat kanak-kanak dan remaja terhadap sejarah serta budaya mereka sendiri.

Menurutnya lagi, sambutan Hari Bung Jagoi tahun ini turut menerima sumbangan RM50,000 daripada rakan strategik korporat, Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) bagi pembinaan empangan graviti, sekali gus menyelesaikan isu bekalan air dan membolehkan lebih ramai pelawat bermalam di inap desa sekitar Bung Jagoi.

“Kalau dulu kita tidak galakkan pengunjung bermalam kerana kekurangan air, kini sistem empangan graviti membolehkan mereka mandi dan berehat dengan selesa,” katanya sambil merakamkan penghargaan kepada F&NHB, JADC, individu persendirian serta Datuk Henry yang turut menyumbang dalam bentuk kemudahan logistik dan makanan.

Bagi memperluas akses ke Bung Jagoi, beliau memaklumkan bahawa satu jalan perkhidmatan (service road) akan dibina untuk kemudahan warga emas serta mereka yang tidak mampu mendaki melalui laluan asal.

BUNG JAGOI… Tapak warisan Bung Jagoi di Kampung Duyoh, Bau, bakal melalui fasa pembangunan baharu dalam tempoh dua tahun tanpa menjejaskan kelestarian alam sekitar.

Namun, katanya, laluan asal masih dikekalkan bagi mereka yang ingin menikmati keindahan semula jadi dan udara segar Bung Jagoi.

“Jangan sesekali kita abaikan tanggungjawab menjaga warisan ini. Bung Jagoi ialah identiti kita, dan kita sebagai masyarakat tempatan adalah penjaganya. Jangan menyesal jika suatu hari nanti ia dicerobohi oleh pihak luar kerana kita lalai menjaganya,” tegas beliau.

Tambahnya lagi, kawasan Bung Beratak dan Bung Singai turut berada dalam perancangan pembangunan berasaskan warisan oleh Datuk Henry sebagai usaha memperkukuh jaringan lokasi bersejarah komuniti Bidayuh.

“Bung Jagoi ialah tempat terbaik untuk kita kembali kepada alam semula jadi, menjernihkan fikiran, dan menghayati erti asal-usul kita.

“Datanglah lebih kerap dan jangan biarkan warisan ini terpadam begitu sahaja,” katanya.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Dua remaja perempuan dikejarkan ke Hospital Marudi akibat masalah kesihatan
Next: Tebingan Sungai Kampung Rambai tarikan baharu Bekenu, dijangka siap April 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.