Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Program Perubatan Tidur Kuching 2025 tekankan pencegahan awal
  • KESIHATAN

Program Perubatan Tidur Kuching 2025 tekankan pencegahan awal

Utusan Sarawak 1 day ago
DR. MOHAMMAD NAZARUDIN BAHARI berucap ketika majlis perasmian program Pengenalan Kepada Perubatan Tidur Kuching 2025, di Pusat Jantung Sarawak.

KOTA SAMARAHAN: Tidur yang berkualiti perlu diberi keutamaan dalam penjagaan kesihatan awam kerana ia merupakan antara tunjang utama kesihatan manusia, tegas Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak (Kesihatan Awam), Dr. Mohammad Nazarudin Bahari.

Beliau berkata, masalah tidur yang tidak ditangani boleh memberi kesan serius kepada kesihatan termasuk peningkatan risiko penyakit jantung, strok, diabetes, kemurungan dan obesiti.

“Walaupun tidur adalah keperluan asas seperti pemakanan dan senaman, ia masih belum diberi perhatian sewajarnya oleh masyarakat dan sistem kesihatan kita.

“Sarawak kini menyaksikan peningkatan kes berkaitan gangguan tidur, terutamanya Apnea Tidur Obstruktif (OSA) yang dianggarkan menjejaskan 15 hingga 20 peratus orang dewasa Malaysia.

“Ramai pesakit tidak menyedari mereka mengalami gangguan tidur dan tidak mendapatkan diagnosis awal sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko kemalangan, penyakit kronik dan penurunan kualiti hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian program Pengenalan Kepada Perubatan Tidur Kuching 2025, di Pusat Jantung Sarawak, hari ini.

Program tersebut dianjurkan oleh Persatuan Gangguan Tidur Malaysia (SDSM) dengan kerjasama Jabatan ENT Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Hospital Umum Sarawak, menghimpunkan pakar-pakar perubatan tidur dari dalam dan luar negara.

RAKAMAN gambar kenangan bersama tetamu lain yang turut hadir di majlis perasmian program Pengenalan Kepada Perubatan Tidur Kuching 2025, di Pusat Jantung Sarawak.

Beliau turut menyatakan sokongan terhadap tema Hari Tidur Sedunia 2025 iaitu ‘Utamakan Kesihatan Tidur’ dan menggesa agar lebih banyak program seumpama itu diperluaskan ke kawasan luar bandar serta pedalaman.

“Perubatan tidur adalah bidang yang memerlukan pendekatan pelbagai disiplin.

“Ia bukan sahaja melibatkan pakar ENT, tetapi juga kardiologi, neurologi, psikologi, pergigian dan teknologi kesihatan digital,” jelasnya.

Dalam majlis itu, beliau turut memuji usaha penganjur yang menawarkan pengiktirafan Latihan Profesional Berterusan (CPD) yang menurutnya penting bagi memperkasakan kemahiran petugas kesihatan dalam bidang diagnostik dan terapi moden berkaitan gangguan tidur.

Turut hadir Presiden SDSM Profesor Dr. Ahmad Izuanuddin Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Tempatan Profesor Madya Dr. Kevin Ng Boon Han dari UNIMAS serta tetamu kehormat yang lain.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: IPU hampiri tahap tidak sihat, penduduk disaran kurangkan aktiviti luar, elak pembakaran terbuka
Next: KKM akan isi 4,352 jawatan sektor kesihatan secara ‘fast track’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.